Thursday, March 10, 2016

Sup cendawan berkrim

 Sup cendawan yang sangat mendapat tempat kat keluarga kecil kami. berulang2 buat, untuk breakfast dan jugak kadang2 untuk dinner... makan dengan toast jer, kalau rajin kadang2 tu buat jugak garlic spread, tapi kalau tak rajin just sapu butter jer. memang mengenyangkan dan buat sendiri ni memang berbaloi2... boleh makan menambah2 dan berulang2 tak berhengat!

 meh kak rose kongsikan sekali lagi resepi nya kat sini.... tak rugi mencubanya...

Sup Cendawan Berkrim
 
100 gram cendawan butang jenis segar
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley -  untuk hiasan (kak rose gantikan dengan daun pudina)
sekeping dada ayam - cincang halus sedikit dried oregano - yg ni kak rose tambah
  

 cendawan yang kak rose guna... tak de yang fresh, guna jer cendawan dalam tin... kita yang buat dia kan... dan sekeping dada ayam yang didadu halus...


Cara Membuatnya :
Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja.  masukkan ayam cincang, tumis hingga masak baru Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil.
**Masukkan ayam cincang dan tumiskan hingga bertukar warna baru masukkan tepung.

Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula. (kak rose omit yg ni, suka yang ade ketul2 dalam sup tu)

Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka. 
(kak rose masukkan dried oregano)

No comments:

Post a Comment