Sunday, March 6, 2016

Seminggu 3 kali je.

 Asalamualaikum dan selamat berhari minggu buat kawan2.... semuga semuanya sihat sihat saja disamping keluarga tersayang... ya lah nak sihat dan jaga kesihatan diri kenalah bersenamkan... walaupun sedikit tapi yang pasti kita dah lakukan rutin tu... dan ni adalah catatan steps kak rose minggu lepas....  nak jugak tepek kat sini buat motivasi diri sendiri.... dan kawan2 yang nak mulakan bejalan laju tu boleh lah join macam kak rose ni kan...

normally kak rose akan berbrisk walk 4 kali seminggu iaitu isnin hingga khamis selama sejam lebih kurang... tapi minggu lepas cuma 3 kali jer sbb hari khamis tu anto anak g jumpa doktor pulak. ada kala rasa malas jugak nak berbrisk walk ni, tapi paksa diri n keep going... untuk kebaikkan diri sendiri jugak kan... nak berjogging memang tak berdaya nak bawak diri, jalan lenggang kangkong pun ok la asalkan keluar peluh...
steps yang captured ni cuma yang kak rose jalan brisk walk pepagi tu jer... agaknya kalau atatch phone ni sepanjang hari maunya boleh jalan sampai ketanah besar agaknya kan... pastinya lebih dari 10k steps seperti yang diperlukan. mana tak nya, asik berulang kedapo memanjang...

dan sambil berjalan laju sambil jugak exercises mulut... Subhanaallah, Alhamdullilah, Laa ilaha Illallah, Allahuakbar... Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Tiada Tuhan Selain Allah, Allah Maha Besar.... dan ni sepanjang 3 hari kak rose berjalan tu... biasanya bila dah sampai 600 kiraan phone akan tet tet to inform that target achived n time to slow down, happily... pas tu sambil cool down, belai2 lah pokok kat taman sekangkang kera kak rose tu...

1 comment:

  1. Asslm. Perkongsian yg baik sangat. 10 tahun lalu mwana rajin sangat jln2 exercie kat Tmn Tasik Titiwang dll.... now kureng dah...huhuhu jln2 ke masjid yg dekat rumah tu ajerlah. insya allah kembali brisk walk.

    ReplyDelete