Saturday, March 5, 2016

Puding roti cinammon


kes roti nak tamat jangka hayat... daripada membazir tak terusik roti tu, meh la kita transformkan dia jadi puding roti yang wangi ni untuk minum petang bersama secawan nescafe... memang heaven dinikmati masa masih hangat2...tak payah sos atau pun syrup tp ttp sedap makan cenggitu jer. kak rose bakar dalam muffin pan, dengan resepi ni ngam2 dapat enam biji puding roti ni... cukuplah untuk kami anak beranak sekali ngadap!


Bahan-bahan ( 6 biji acuan muffin yg besar )

  • 3-4 keping roti (kak rose guna 4 keping)
  • 200ml susu segar
  • 2 biji telur (size M)
  • 21/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil cinnamon powder
  • 2 sudu besar kismis 
  • 1 sudu besar mentega/marjerin - cairkan
  • esen vanilla
  • chocolate syrup Hershey's -optional ( x de la)

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula sampai kembang. Masukkan marjerin/mentega n susu. Gaul rata.
  2. Masukkan cinnamon powder n esen vanilla.Kacau sebati.
  3. Carik2kan roti ke dalam adunan. Tenggelamkan roti2 tuh sampai basah semua.
  4. Masukkan kismis...gaul lagi.
  5. Panaskan oven.Tuang adunan roti td dlm acuan muffin yg dh dilengser ngan myk/marjerin.Klu dlm loyang pun bleh.Gune loyang kecik jer coz adunan nih tk byk. Nk byk or famili besar kene double kan ingredient.
  6. Bakar hingga masak/kekuningan lebih kurang 10-15min. Bergantung kepada oven n keluasan acuan.
  7. Dah sejuk...bleh curahkan chocolate syrup Hershey's (nih versi my kids yg suka letak)...Klu gune loyang,dh potong br la curahkan syrup. Klu tk nk pun tkpe.Jd la cam puding roti yg biasa2 tuh....

2 comments:

  1. sedapnyaa..kalau cinnamon ni sy suka...sedap nyeeee

    ReplyDelete
  2. boleh try ni kakrose ada roti tu dalam esbok tak bermakan haha

    ReplyDelete