Thursday, December 31, 2015

For his birthday

 Hari terakhir 2015, nak jugak update kat sini buat kenangan dikemudian hari....dah selamat sampai ketangan tuannya, hadiah for his 23rd birthday on Dec 27.  tak tau kenapa orang sangat obsess sangat dengan IPhone ni... atau kak rose yang ketinggalan zaman sbb tak nak explore menda2 canggih yang serba baru dan bersilih ganti dengan latest production...

 beli kat maxis centre.... sbb tukang bayo mmg sejak dulu guna line maxis ni.. dapat la waive bayaran upfront yang rm512 tu..

 dan amik plan ni, rm128/ month + rm48 for supplementary line... dan kena sign contract for two years... harap2 everything will go on smoothly la kan..

IPhone 6s with 64GB storage capacity

harap2 busu happy dengan pemberian ini...

Wednesday, December 30, 2015

Roti boom yg ku rindu...

 kisah meinggu lepas masa g kl... bermalam di Shah Alam dan paginya tak melepas kan peluang untuk melepaskan rindu dengan roti boom yang tak de kat penang ni....  restoran Seri Soga ni la yang selalu kami singgah bila balik dari pasar kat sek. 16 tu... pekena roti boom dan juga soto... tak lengkap kalau tak dapat dua2 tu... bekpes pun boleh tamak2 kan... tu pasal la sihat bagai juara! dan bila sesekali ke kl, tak lepas peluang la.

 soto yang cuan lima ketul nasi impitnya...tapi complete dengan pegedil, ayam carik2, tauge, soon goreng dan sambal kicap yang pedas berasap... bila nak makan benda pertama ialah kena ketepikan dulu sambal kicap tu... takut berasap telinger nanti...

 sekeping jer roti boom untuk kak rose, tapi tukang bayo pekena 2 keping dan nescafe.

 dapur pertama dengan tukang tebar roti canai yang sangat laju buat kerja.... sambil menebar, sambil goreng roti tu... tak berenti. itu pun pelayan siap tunggu dengan piring kosong depan dapo... tak menang tangan tukang buat ni. dan yang kat sebelah dia tu, tukang bungkus kalau ada yang nak tapau bawak balik... lama nak kena tunggu kalau nak tapau tu.

 dapur kedua dengan dua orang tukang tebar... yang ni mostly buat roti canai yang berbagai as per customers request... tak nampak depa ni buat roti boom...

punya la banyak jenis roti canai... depa ni boleh ingat ke agaknya setiap menu tu ya? kalau kak rose maunya dah pening, bertukar2 isi roti canai tu...

dan yang kak rose beli bawak balik.... jenuh menunggu baru dapat. 10 keping roti boom, masuk dalam zipper bag dan off to the freezer, nnti nak makan just reheat dan breakfast pun ready... tak yah g restoran soga lagi....

WW: dah nak rega!

jagung mentah. dulu setongkol cuma singgit sekarang dah tambah limaposen....
nak tanam sendiri tak de tanah la pulak!

Tuesday, December 29, 2015

Laksa johor

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua.... ramai yang masih bercuti2 mesia atau sedang sibuk dengan urusan seharian... yang anak2 akan bersekolah pastinya lagi sibuk dengan urusan persekolahan anak2 kan.... semuga semuanya berjalan lancar.... walaupun keadaan tersangat lah mencabar buat masa ini, kehidupan mesti diteruskan dengan harapan ada jalan penyelesaian yang memudahkan segalanya, Insya Allah.

 ari ni ak rose nak kongsikan menu yang kak rose masak2 sebelum bercuti tempoh hari.... kalau dah kemaruk nak makan, biar pun bahan ulam2 tak berapa nak cukup, asalkan kuahnya cukup ramuan itu sudah memadai untuk menghilangkan kemaruk tu.... buruk benar selera nak makan ni kan? hishhh!!!  kak rose kongsikan sekali lagi resepi kuahnya kat sini ya... mekasih Azie.

Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang (rebus)
¾ cawan rempah kari ikan Babas (kak rose guna kari adabi)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Asam keping (kak rose tambah)

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
 
Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
 
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. masukkan juga asam keping Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
 
Ulam ulam:
Timun (kak rose x de stok)
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin (kak rose tak de yg ni)
Bawang besar
Sambal lada (lada merah+ciliapi+udang+asam limau, blend)
 
 

Monday, December 28, 2015

Asik nak makan jer.....

 Asalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 semua.... waktu2 gini patutnya duk didapo memasak, tapi kak rose ni mengadap komputer lak... sejak balik dari bercuti, terasa malas sangat nak menghapdate rumah maya ni.... jauh perjalanan kali ni... Penang-Narathiwat Thailand-Penang-KL-Penang...seminggu kak rose tinggalkan, tapi tetap ada entry setiap hari walaupun dengan auto publish jer.... ya la kalau dah g bercuti2 mesia tu memang tak rajin la nak mengupdate menda masak2 ni kan....  kira aci jugak la kan, asalkan tak terbiar rumah maya ni....

 dan ni antara makan2 yang kak rose ada amik gambo masa g kl ari tu.... tinggal gambo jer pun nak jugak tepek kat sini... tak kisah la kan... asalkan sendiri punya gambo, tak cilok gamba dan entry orang lain...  tak tau nak cakap apa dah pada yang amik entry enblock MACAM ni.... grrrr!!!

 dessert yang sempoi.... mixed fruits, tapi apple hijau tu mak ai...... manyak ashemmmm!

antara yang dioder... berbelit lidah nak menyebut menu ni.... spaghetti jer yg ku tahu!

Sunday, December 27, 2015

He is 23 today....

 Happy 23rd birthday untuk anak mama, the one and only.... walaupun dah 23 tahun but you are always and forever be my baby.... sayang mama dan ayah tak pernah berkurang buat busu... semuga menjadi anak yang berjasa buat mama dan ayah dan seluruh keluarga kita. semuga tahun2 yang mendatang akan membuahkan kejayaan yang diharapkan, kesihatan yang baik dan semua yang baik2 belaka...


 gadget yang sangat diidamkan, dan ayah hadiahkan sempena his 23rd birthday.... tapi belikan awal lagi, without his presence sebab dia masih di Melaka dan ni ayah beli di Penang. kaler of the phone pun pilihan ayah la... nak surprise la konon, so tak la tanya his choice of color...

 
  proud owner of an apple gadgets

dan lepas kami balik dari bercuti di Thailand, esoknya kami ke KL dan bergader2 dengan busu di KL pulak untuk sampaikan hadiah yang sangat dinantikan ni.... tak dapat nak celebrate birthday tu sbb  esoknya dah balik semula ke Penang.... amik gambo pun atas katil dalam bilik hotel je.cuma harapan mama dan ayah jagalah ianya baik2.... nanti busu balik Penang kita celebrate 3 of us punya birthday yang berjarak seminggu between us...

Tips di dapur

 Tips dari kawan2 di fb, kak rose kongsikan kat sini lak untuk rujukan dimasa2 perlu... terima kasih sesangat pada yang sudi berkongsi petua2 cam ni kan... kadang2 yang simple macam ni pun kita tak peka, semuanya ambil mudah... so dengan petua ni, ia akan memudahkan dan menambah pengetahuan kita kat dapo terutamanya untuk diri sendiri ni.... semuga bermenafaat buat semua....
















Saturday, December 26, 2015

Lontong, tak pernah jemu!

 menu yang tak pernah menjemukan buat kak rose... dan yang ni kak rose buat masa gader2 untuk majlis perpisahan kawan2 yang akan berpindah ketempat baru hujung tahun nanti... ya la masing2 ikut suami yang akan bertukar tempat kerja, so buat lah jamuan ni awal2.... bolehla makan2 pot pet n ucap salam perpisahan... muga nanti akan dapat jumpa lagi, Insya Allah. tapi sayang, puas bergader2sampai sekeping gambar pun tak ingat nak capture..

 kuah lodeh in the making...

resepi kuah lodeh ni kak rose amik dari blog CMG sebagai panduan, tapi ada jer yang kak rose tak ada bahan tu... serai dan lengkuas kak rose x letak... so seadanya je..... dan kak rose buat banyak untuk kawan2 tapaw bawak balik... walaupun cuma lontong dan sambal tumis, tukang masak sangat suka hati bila kawan2 suka dengan menu ini... selain dari kek pisang dan puding roti marble... terima kasih kawan2 yang tolong habiskan... memudahkan nak berkemas nanti. kak rose kongsikan kat sini resepi yang complete dari CMG ni ya...

resepinya...

BAHAN KUAH LODEH :-)
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji sengkuang kecik, kupas dan potong jejari
3/4 batang lobak merah, kupas dan potong jejari
1/4 bahagian kobis, hiris
2 keping fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, dipotong dadu
2 keping tauhu, dipotong dadu
1 cekak soo hoon, dipotong pendek
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan 
(kak rose tambah udang segar jugak)
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
2 batang serai, dititik (kak rose x de)
1/2 inci lengkuas, dititik (x de jugak)
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

BAHAN LONTONG :-)
Nasi impit, didadu
Sambal tumis @ Kuah kacang
Serunding
Telur rebus, kupas dan belah 2
(serunding n telo pun kak rose tak letak... cuma sambal tumis jer) 
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KUAH LODEH :- Udang kering ditumbuk, masukkan ke dalam periuk bersama2 lobak merah, sengkuang, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. Tuang santan cair, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan fucuk, kiub ikan bilis, kacang panjang dan kobis, biar mendidih perlahan, jika kuah kurang tambah air. Masukkan soo hoon dan tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan selama 2-3 minit sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LONTONG :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, cedok kuah bersama isi2nya sekali, letak kan telur dan hidangkan bersama sambal tumis atau sambal kacang. Sedap dimakan sebagai sarapan pagi, nak melantak waktu petang pun tak de sapa nak larang!!!!.....

Thursday, December 24, 2015

Keoy teow goreng

 Asalamualaikum dan salam Maulidur Rasul buat kawan2 semua... dihari cuti ni meh la kawan2 kita jamu keluarga dengan kuey teow goreng ni... jarang sekali kak rose buat cenggini, sllunya kalau ada kuey teow buat jer yang pebret... yang berkungfu tu la... tapi kali ni nak rasa yang goreng pulak la..

resepi kak rose cnp dari blog Azie Kitchen... sedap jugak walaupun dengan bahan apa yang ada jer... masa beli kuey teow ni cari daun kuchai, tapi tak de lak... so goreng jer dengan bahan seadanya...

Kue Teow Goreng 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 peket kuey teow - dilerai-lerai
200 gram udang - buang kulit
200 gram isi kerang (kak rose x de)
2 keping fish cake - hiris nipis
2 ikat kucai (pun tak de... )
100 gram taugeh
4 biji telur
Bahan tumbuk:
5 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sb cili kisar
Bahan Sos:
4 sb sos tiram
4 sb kicap manis
4 sb kicap cair
2 sb sos Ikan 
Sedikit minyak bijan Sedikit soya sos 

Cara cara:
Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak. Masukkan udang dan dikacau sampai udang masak.

Masukkan semua bahan sos dan gaul rata. Masukkan kue teow diikuti dengan kucai dan taugeh dan kacau lagi.

Ketepi sedikit kue teow dan masukkan telur. Dikacau kacau sehingga agak mengeras, digaul rata dengan kue teow. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Wednesday, December 23, 2015

WW: MMA

 beli beras dapat kopi ni...

logo halal terpampang... tapi E471 jugak kat situ! ishhhhh!!!!
Amik la kau cik tong!

Tuesday, December 22, 2015

Apam balik

 lama sungguh tak buat apam balik ni... jagung kerim manis dan kacang pun dah goreng, tapi bila tengok baking powder pulak tak de stok.... dua kali kak rose g tesco, kat situ pun tak de stok... yang banyak double action powder jer... so memang terbantut azam yang mulanya berkobar2 nak buat apam balik ni... dan akhirnya dapat jugak beli masa kak rose g KL ari tu, singgah kat pasaraya yang kat Sogo tu... jauhnya nak dapatkan baking powder ni kan, kena naik flight lagi!... dan akhirnya jadilah apam balik kak rose.

close-up.... suka dengan inti yang banyak...
melimpah ruah jagung manis, kacang tumbuk n butter... yummy!

 resepi yang kak rose guna setiap kali buat apam balik... mekasih Ms Oreo for the superb recipe ni... satu adunan ni kak rose dapat 4 keping apam balik yang lembut gebus gebas ni.

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Monday, December 21, 2015

Sira pisang

 sira pisang tanduk yang best... tapi sayangnya pisang dah nak over ripe... so nampak sompek sana sini bila dah kena rebus dalam gula tu... tapi walaupun sompek pisang ni tetap kenyal dan tak lembik dalam sirap tu. sedap makan sejuk2 sambil menghirup sirap yang manis untuk tambah lemak...

 jauh pisang ni datang, siap naik flight bagai baru sampai kat Penang ni... actually pisang ni kak rose bawak dari kampung hari tu... seharian dalam beg, sampai sini dah masak kuning... so cepat2 la kita buat siro nih.

Baham-bahan:

1 ulas pisang tanduk
6 sudu gula
secubit garam
2 helai daun pandan
1 cawna air
sedikit pewarna kuning

cara2:

- pisang dihiris
- jerang/didihkan atas dapur dan kacau supaya gula dan pewarna kuning bercampur rata
- biarkan hingga gelegak.
- masuk pisang, biar hingga pisang masak n lembut. siap.
- boleh hidang dan makan..