BAHAN-BAHAN:
- 1 biji keledek merah | direbus dan dilecekkan (kak rose guna keledek oren)
- 500 ml santan
- 100 gm tepung beras
- 2 sudu makan marjerin | dicairkan
- 120 gm gula
- Secubit garam
- Daun pisang | untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau di atas api hingga
pekat.
2. Ambil daun pisang yang siap digunting dan sapukan sedikit minyak di
atasnya.
3. Ambil satu sudu besar adunan tadi dan letakkan di atas daun pisang.
4. Lipat kemas daun pisang seperti membuat lepat.
5. Sediakan kukusan dan kukus selama 20 minit.
Nak rasanya kena buatlah ye kak rose..
ReplyDeleteNampak macam sedap tu..
Saya suka keledek goreng..
ataupun kuih keria :D