Alasalamualikum dan salam jumaat penghulu segala hari..... hari yang mulia ini kak rose nak kongsikan Fadhilat dan Khasiat Surah empat Qul yang kak rose amik dari wall fb kawan... bersama2 kita mengamalkan perkongsian yang baik ini....
Waktu yang disarankan Nabi SAW untuk mengamalkan 4 Qul ini ialah:
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)
2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)
3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali) dan sapu muka dan badan.
4) Baca ketika merukyah orang sakit.
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)
Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi
wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata:
“Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud
no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no.
1514)
2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)
Pada waktu
pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak
tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala
sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir
di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali
diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala
sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At
Tirmidzi no. 3399)
3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali)
“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya,
membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak
tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh
anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)
Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada
setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan
kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.
Katanya:
“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda
mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut
ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu
birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah
An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada
anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh
bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari no. 5017)
4) Baca ketika merukyah orang sakit.
Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’
alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat
(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup
padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya
kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah
tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Khasiat Surah 4 Qul.
Surah Al-Kafirun
1) Membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran.
2) Membacanya, terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
3) Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
4) Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
5) Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa
apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat
sekalipun.
6) Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
Surah Al-Ikhlas
1) Membaca surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya
sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Kalau kita membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seolah-olah kita khatam Al-Quran.
Kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. ---Membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga meninggal dunia, maka tidak akan
membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para
malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul
mustaqim lalu menuju ke syurga.
2) Sesiapa hendak pergi musafir,
ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, membaca surah Al-Ikhlas 11
kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
3) Membaca
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
Surah Al-Falaq
1) Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan
syaitan atau manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak
41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
2) Barang
siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan
malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan
Surah An-Nas sebanyak 100 kali
Surah An-Nas
1) Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2) Sebelum kita memulakan solat, mulakan dengan membaca surah ini.
Supaya dijauhkan gangguan syaitan ketika kita sedang menunaikan solat.
3) Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Semuga bermenafaat buat kita semua....
Assalam...terima kasih...sangat berguna ni info...Alhamdulillah...
ReplyDeleteXde pun hadith cakap Al-Kaafirun?
ReplyDeleteHadirnya nawaitu.
DeleteKamu ni betul ke tak, cukupla setan buat kerja dia kamu x perlu gatal nak tolong
ReplyDeleteBokepmontok
ReplyDeleteBokep Indo
Bokep Cina
Bokep Jepang
Gogglebokep
ReplyDeleteTeknoIDN