Friday, September 25, 2015

Udang celup tepung

Asalamualaikum dan salam  Jumaat penghulu segala hari.... kak rose masih dikampung sempena hari raya aidiladha dan buat tahlil untuk arwah ayah yang telah pergi menghadap Ilahi pada sebulan lepas... so ni kira auto publish... udang goreng yang dah tinggal gambar jer.... masak pada hari sabtu lepas... selalunya bila hari sabtu kak rose gantung piyok kuali tapi sbb minggu ni anak balik dan mintak ayahnya baiki lappynya, jadi nya tak la keluar g mana2.... so mama pun merajinkan diri memasak dengan apa yang ade dalam stok la... dan udang goreng tepung ni salah satu menunya...buat banyak2 dan meratah cicah dengan cili sos dan mayonis.... makan bagai tak hengat sampai lupa semua tentang allergic dan gatal tu... tapi memang ubat sentiasa ade ready untuk bila2 diperlukan.... sediakan ubat sebelum kegatalan kan!


resepi batter dari Nor Secubit Garam, mekasih ya Nor

UDANG CELUP TEPUNG
resipi : K.Nor

Bahan ~ utk bancuhan tepung:


1 cawan tepung gandum
1 cawantepung beras
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Ketepikan.

Bahan ~ utk Udang Celup Tepung:
300 - 500gm udang saiz sederhana
1 - 2 biji telur ~ dikocok sedikit
bancuhan tepung secukupnya
minyak 
 
Cara:
Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
Toskan hingga kering.
Gaul udang bersama dgn telur hingga rata.
Ambil sebahagian bancuhan tepung tadi dan gaulkan udang satu persatu ke dalamnya hingga rata.
Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.
*selain utk menggoreng udang, bancuhan tepung ini juga boleh digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi bagi penggemar sayuran..
 

1 comment: