Friday, September 18, 2015

Jemput2 pisang

 Asalamualaikum dan salam jumaat pada semua... tayangan amal kak rose hari ni.... jemput2 pisang yang rangup diluar dan sangat lembut didalam... lain benar bila sebut jemput2, sbb selalunya kak rose sebut cekodok jer... apa pun sama jer mendanya.... cumanya yang ni memang kena sebut jemput2 sebab cara membuatnya memang kena jemput dengan jari... baru lah dapat jemput yang molat2 ni... kalau ada pisang boleh la kawan2 cuba buat untuk juadah minum petang nanti....

 kak rose guna pisang emas... pisang ni kak rose beli kat bandar perda di seberang jaya nun... ni kes hari ahad lepas, saja membuang masa meronda2 kat seberang.... seharian dalam kereta menyelusuri jalan... tanpa ada tujuan tertentu.... cuma singgah untuk makan n solat kat mesjid dibandar perda... dan pisang ni kak rose beli ditepi jalan yang banyak jualan buah2an lainnya... tak tau pulak pisang sekarang dah jadi bahan yg berharga... sekilo 5 hengget...nampak na lama sungguh tak beli pisang cam ni... sllu bli pisang cavendish yg kat pasaraya tu je... dan dua sikat ni pun dah dekat rm12. nak wat camner kan.... tak de barang yang murah dah la ni kan..

resepi jemput2 sedap ni kak rose kopi dari Ayu Citarasa Rinduan.. mekasih ya.

Bahan-bahannya

  1. 6 biji pisang
  2. 600gram tepung gandum
  3. 1 sudu teh bikarbonat
  4. 1/2 sudu teh garam
  5. 2 sudu gula
  6. 4 sudu gula perang/melaka/merah
  7. Minyak masak untuk menggoreng
Cara menyediakan
  1. Lenyekkan pisang, garam, gula dan gula merah hingga hancur.
  2. Masukkan tepung dan bikarbonat. Tuang air sedikit demi sedikit. Kacau hingga adunan mesra.
  3. Biarkan adunan sekejap dalam 1/2 jam(30minit) tutup adunan. Panaskan minyak gorengan dan bolehlah basuh pekakas pinggan yang kotor ya
  4. Bila minyak betul-betul panas. Perlahan api, gunakan jari (pastikan korang bersihkan dengan baik) ambilah sedikit demi sedikit dan bentuk bulat adunan jemput-jemput ke dalam minyak.
  5. Apabila warna jemput-jemput bertukar ke warna kegelapan. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
  6. Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Lama tak makan jemput2 pisang,
    emmm dapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Ya la Yati... kat sini susah nya nak dapat pisang cam ni.... ke kak rose je yang tak tau tempat jualnya, entah la

    kalau jumpa pun pisang yg macam dah reject punya. sedih kan...

    ReplyDelete