kak rose guna resepi dari blog Azie sebagai panduan... dan selebihnya main ikut apa yang tekak kita rasa sedap la kan.... dan syukur sangat2 ramai yang menyukainya.. mekasih ya Azie kerana resepinya.. dan kak rose gandakan lima kali bahan2 untuk laksa ni.
Laksa Johor
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang (rebus)
¾ cawan rempah kari ikan Babas (kak rose guna kari adabi)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Asam keping (kak rose tambah)
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Cara cara:
Ikan
dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang
nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang
tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan
periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai
naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit.
Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Pastu
masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit
minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan
air dan 2 cawan santan. masukkan juga asam keping Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan
kerisik.
menyediakan ulam2... potong timun ni yang amik masa....
konon le nak wat cantik2 kan...
daun kesum yang segar from my own sekangkang kera garden
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin (kak rose tak de yg ni)
Bawang besar
Sambal lada (lada merah+ciliapi+udang+asam limau, blend)
laksa johor dan lontong untuk tetamu kak rose...
sedapnyta.. lepas ni nak try buatlah
ReplyDeletesedapnyta.. lepas ni nak try buatlah
ReplyDeleteaih tengok gambar aje dah terliur... seronok tengok tetamu makan bertambah kan, sedar2 tuan rumah sendiri tak merasa, sbb dah kenyang tengok tetamu makan =), selalunya gtu lah kan
ReplyDeleteRizziela... sila kan mencuba, pasti tak rugi tau!
ReplyDeleteninie... tukang masak akan sangat happy bila hidangan habis dimakan... mmg betul, en asben tak dapat merasa pun!
ReplyDeleteSaya tak pernah buat sendiri laksa johor ni kak rose..
ReplyDeletesaya nak Cubalah nanti.. dlm byk2 laksa.. laksa johor je lah yg en suami mkn.. ;)
Silakan Yatie... mmg nampak macam renyah sket nak buatnya... tapi hasilnya mmg umphhh!
ReplyDeleteNk ckit...terlior!!
ReplyDelete