Selamat menjalani ibadah puasa dan amalan sunat2 yang lain kepada semua kawan diluar sana... pastinya mesjid melimpah ruah dengan tetamu pada malam pertama solat tarawih... begitulah selalunya tapi kali ni kak rose memilih untuk buat dirumah saja, cuma dapat bayangkan mesjid yang dulu sepanjang kak rose berada di shah alam... memang melimpah ruah dengan jemaah. Alhamdullilah... tapi menjelang separuh perjalanan puasa, jemaah makin berkurang...
baru keluar dari freezer sebelum dipack kecik2 for storage.
semua size ada.... gemuk2, panjang, pendek, kemet...
nak cerita pasal persediaan puasa kak rose kat sini.... tak ada apalah sangat, cuma sediakan karipap dan popia untuk persediaan masa2 emergency kalau buntu tak tau nak masak apa, at least kuih2 frozen ni akan jadi penyelamat... dan sejak tangan sakit tak dapat nak menguli tepung, dan dapat pulak resepi yang tak perlu menguli, teruslah kak rose mencubanya. mekasih Maz kongsikan resepi dan cara buat kulit karipap yang rapuh n rangup ni. Inti kak rose guna kentang dan daging resepi kat sini.
Bahan-bahan
2 cawan all purpose flour
1/2 cawan mentega - suhu bilik
1/4 sudu kecil garam
air peti sejuk secukupnya
Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam. masukkan mentega dan gaul guna hujung jari biar jadi berketul2
2. Masukkan air sikit sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak perlu uli)
3. Ambil segenggam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan juga pada doh sikit, canai biar nipis, masukkan dalam acuan karipap. isikan inti secukupnya dan tuutp kemas... kak rose punya banyak yang terlebih isi, gemuk2 dan ade jugak yang terbukak kelimnya!
Bahan-bahan
2 cawan allpurpose flour
1/2 cawan mentega - suhu bilik
1/4 sudu kecil garam
air sejuk peti secukupnya
Cara
1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam, masukkan mentega dan gaul
guna hujung jari biar jadi berketul-ketul.
2. Masukkan air sikit-sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak
perlu uli, cukup mcm dalam gambar tu).
3. Ambil segengam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan juga
pada doh sikit, canai biar nipis, kemudian masukkan dalam acuan karipap
dan isi inti secukupnya, tutup kemas dan buat sampai habis. Kalau nak
klim guna tangan pun boleh, maz guna acuan je.
4. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng hingga
masak/perang dikedua bahagian, angkat dan toskan, boleh simpan dalam
peti kalau tak habis goreng atau masuk kat frozen (setakat duk buat ni
maz tak pern
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
puas hati sbb dapat mencuba buat kulit karipap yang rangup dan tak perlukan menguli hingga lembut.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Salam Kak Rose,
ReplyDeleteSejambak ucapan Selamat menyambut haripertama puasa dibulan Ramadhan nan mulia buat Kak Rose & sekeluarga.
Comel-comel cantik kemas kejadian karipapnya Kak Rose, nanti-nanti akan Ratna cubai bakal pembuka puasa.
Salam mesra.
p/s:iya yang benar Kak Rose... tabiat solat tarawih hanya membara pada awalnya sahaja, kemudian itu kok semakin menyurut... Ratna ingat itu semua cerita dahulukala dimana zaman sekarang sebaran dimedia e.g tv-radio penuh berisi ceramah itu dan ini, demikian ummat semua semakin peka lantas menunaikannya dalam sepenuh bulan Ramadhan.
Terkenang Ratna semasa bersama Moyang pun begitu, sampai dipenghujung puasa malangnya sekali makin ketara kurang jumlah jema'ah yang hadir, banyak yang beralasan kue raya harus dibereskan dahulu !
menu yang simple tapi membuka selera..:)
ReplyDeleteselamat berpuasa...