Thursday, May 14, 2015

Gulai lemak telor masin

 Asalamualaikum dan selamat pagi khamis, semuga kawan2 semua sihat ceria dalam lindungan Allah jua hendaknya. pagi ni nak kongsikan resepi masak lemak ciliapi telor masin yang kak rose buat sendiri.... kak rose ni tak de la pebret dengan telo masin, jadi bila dah buat dan post kat fb, ade kawan yang suggestkan untuk buat masak lemak ciliapi dengan asam belimbing buluh... so nak jugak mencuba, tapi belimbing buluh tu memang tak de la.... jadi kak rose memandai bubuh apa yang ade dalam fridge - timun jer!

 pertama kali memcuba buat masak lemak ciliapi dengan telo masin ni, sedapla pulak dan bertambah sedap bila digandingkan dengan goreng ikan gelama masin... memang bertambah2 makan nasik. tapi kak rose buat cuma empat biji jer... ya la untuk dua molot jer kan...

resepi sama dengan masak lemak telo itik yang kak rose kopi dari sini, cumanya kali ni guna telo masin... dan resepi ni sebagai panduan sbb kak rose cuma guna 4 biji telo jer dan cili api tu memang kurangkan sangat2... tak tahan podeh! dan garam tu kena la kurangkan sbb telo dah masin.... ado pulok yang kono darah tinggi kang!

BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api- kak rose kurangkan
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.

8 comments:

  1. Nampak macam sedap tu kakrose, macam nak mencuba pulak :)

    ReplyDelete
  2. Buat kak rose mmg sedap sangat la yati...makan nasi bertambah2!

    ReplyDelete
  3. sedapnyer...ni kalo asben tgk mesti suke nie....sy dah salin resepi...leh buat projek ari mggu nih...sure xcited...thahahaahah

    ReplyDelete
  4. Uniknya menu kak rose...mesti sedap!

    Kalau risau kolestrol dari makanan, moh try PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    ReplyDelete
  5. selamat mencuba ya adda...

    ReplyDelete
  6. Suhana, pada yg suka masak lemak mmg sedap la...

    untuk kolesterol kak rose amalkan amik oats n susu omega tiap2 hari.

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak masak Lemak telur ni.. Tak dapat telur itik.. Telur ayam pon saya bedal jer.. Resepi kak ros ni pulak telur masin.. menggugat selera ni. Macam mana nak elakkan telur melekat kat dasar periuk yer?

    ReplyDelete
  8. Shahida, hancur klu guna telo ayam dan cuba guna non stick periuk....kak rose guna vision mmg x lekat la.

    ReplyDelete