RESEPI AYAM SEMUR ALA MEDAN
1 ekor ayam telah siap dipotong ikut size kegemaran
1 paket serbuk Santan S&P
4 biji lada merah hidup
Bahan Kisar / Tumbuk
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 inci halia (hiris or tumbuk)
1 biji tomato
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji buah keras
Bahan Tumis
2 ketul bunga lawang
1 batang kayu manis
4-5 biji bunga cengkih
sedikit serbuk lada putih
2 sudu cili kering blend
3 sudu makan kicap pekat
5-6 sudu kicap manis
Cara-Cara
1. Gaul ayam dengan sedikit serbuk
kunyit dan garam.. Goreng separuh masak (jangan garing sangat) dah siap
angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak (guna yang bekas goreng ayam tu je) if banyak boleh kurangkan..
3. Tumiskan Bahan Tumis tu (bunga
lawang, kayu manis, bunga cengkih) bersama dengan Bahan Kisar... Bila
dah naik bau masukkan cili kering blend.. kacau rata.. kemudian masukkan
kicap pekat, kicap manis dan sedikit serbuk lada putih.. Masukkan
sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
4. Nak letak garam sikit pon boleh, tak
nak pun tak pe.. sebab ni dah cukup masin kot.. kemudian masukkan
kesemua ayam tadi.. kacau rata..
5. Masukkan Santan S&P yang telah
dibancuh dengan air. Tuang rata-rata dan gaul ayam bersama santan tadi
sehingga sebati.. Kalau terlalu pekat boleh tambah air panas lagi..
(ikut selera masing-masing kalau suka pekat ok lah, kalau nak berkuah
lagi tambah air panas lagi)
6. Masukkan cili merah yang dibelah-belah..
7. Boleh dihiaskan dengan potongan daun bawang dan bawang goreng.
kalau ada semur diladang
ReplyDeleteboleh kaknoor tumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
teringin nak makan ayam semur ni heee