Lepas dua hari diShah Alam, hari sambung tido di KL pulak dan esok pagi akan bergerak balik ke Penang....dan yang paling seronok nya pagi kak rose dapat bersama2 dengan kawan2 group Al-Khafi yang diadakan setiap pagi jumaat sama seperti sebelim kak rose berpindah ke Penang. Rasa happy sangat dan kawan yang tak join grup whatsapp mmg terperanjat bila kak rose ade bersama dalam majlis bacaan tu...Alhamdullilah, tak rugi la kiranya, sambil berjalan sambil tu dapat jugak berjumpa kawan2 yang dah ditinggalkan... dah sebulan jugak kak rose baca Surah Al-Khafi bersendirian pada setiap jumaat...memang rindu sangat2 nak bersama kawan2...tertunailah hasrat dihati kak rose....
Friday, January 30, 2015
lepas shah alam di kl pulak...

Thursday, January 29, 2015
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Masih berada dishah alam sehingga esok dan akan bersambung menginap di KL pulak.....pagi tadi tak kemana2, cuma terperap je dalam bilik ni...nak jenjalan g cuci mata pun rasa malas sangat....dan dapat capture pemandangan masjid yang cantik ni.... Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah kelihatan tersangat cantik dikelilingi oleh kehijauan pokok2 yang segar merimbun dari tingkat 11 hotel Grand BlueWave ni. Malam tadi boleh dengar tazkirah dari dalam bilik hotel je dan laungan azan juga terasa sangat dekat.... semuga kehijauan rimbun pokok2 disekeliling masjid akan tetap terpelihara, tu tak kan terusik dek greediness of development...
Jalan jalan lagi.....
Salam dari Grand BlueWave, Shah Alam... tengahari semalam bertolak dari Penang dan about 4.30pm sampai sini. sementelah dah ada kat Shah Alam ni kak rose amik peluang settlekan a few errands yang tertunggak bila dah pindah ke Penang... ya lah arahan untuk pindah pun diterima petengahan bulan december and have to be at new working place by 2nd january....cuti krismas pulak ade buat family day kat kampung dengan segala preparationnya nak kena siapkan.....mmg kelam kabut la jadinya....so ade yg tak sempat nak attend to it... 1st kena settlekan 6 bulan bayaran in advance maintenance fees untuk rumah pigeon hole kak rose tu, lift maintenance fees untuk setahun dan jugak cukai tanah....sampai sini dah terkoyak poket untuk ini semua.... pas tu nak kena amik bill assessment fee kat rumah lama pulak, tapi bila dah penat terus je ke hotel dulu, refresh n solat and golek2 dulu...
jambangan bunga yang cantik dilobby
Bilik di tingkat 11 ni sangat luas, boleh bentang 2 sejadah untuk berjemaah, tapi sayang aircond tak boleh nak control...sejuk ketakkk gusi la weh! orang kampung cam kak rose ni mana nak tahan sejuk air cond kuat2! panggil derang punya maintenance pun tak leh nak adjust.....at last dia bukak kan sedikit tingkap tu....suka la orang tu boleh hisap rokok dalam bilik! haissshhhh!!!!!
teringat filem titanic pulak dah!!!
entah bila la dapat nak duduk kat sini lagi?????
Wednesday, January 28, 2015
Tuesday, January 27, 2015
Ayam kandar
Nak jadi rakyat penang kena lah blajar makan nasi kandar kan... dan hari pertama sampai sini mmg tempat yang memula dituju ialah Line Clear....warung nasik kandar yang pemes sekali kat penang ni... actually tak lah suka sangat makan nasi kandar ni, tapi ikut en asben yang nak makan, so kita pun join sekali la... kak rose memang tak tahan dengan segala kuah pedas yang ditaruh dalam nasik tu... so kak rose punya nasi tak banjir, cuma ayam goreng n sayur2 jer... dan bila rasa nak makan macam nasi kandar tu kita buat sendiri jer... ikut tekak kita yang tak tahan pedas...
resepi ayam kandar ni pernah kak rose tepek kat sini, mekasih pada cikgu hana yang kongsikan resepinya....
Bahan-bahan
Cara-cara
resepi ayam kandar ni pernah kak rose tepek kat sini, mekasih pada cikgu hana yang kongsikan resepinya....
Bahan-bahan
- 1/2kg ayam
- 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
- 2 sudu besar kicap pekat maggi
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
- 1 labu bawang besar(dimayang)
- 1 ulas bawang putih (dimayang)
- Kulit kayu manis dan bunga lawang
- sedikit daun kari
- garam dan perasa
- air
- (kak rose tambah 1 sudu kecil cili blend)
ayam kandar+peria goreng dengan udang kering n cili api+nasik panas2.....
- Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
- Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
- Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
- Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
- Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
- Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
Monday, January 26, 2015
baby bread pudding
Asalamualaikum dan selamat pagi isnin yang ceria hendaknya....baru balik dari berbriskwalk yang sudah lebih sebulan kak rose tinggalkan... kiranya hari ni kali pertama buat morning walk kat sini.... walaupun tak tahu lagi kat mana padang or taman, kak rose berbrisk walk kat kawasan rumah ni jer.... pusing keliling selama 1 jam... yang penting kuor peloh dan dapat jugak nak lenguh2 kaki tu....
ok la esok sambung berbrisk walk tu lagi dan hari rabu nanti nak ke KL lagi.... dan yang pastu brisk walk pun terberenti jugak. bila dah bercuti tu mmg susah sangat nak mulakan semula la kak rose ni... kalau nak ikutkan malas tu, apa pun memang tak boleh jadi kan... jadi kena jugak paksakan diri... untuk kebaikkan diri sendir jugak, sapa la nak jaga diri kita kalau bukan tuan punya badan kan? harap2 nanti tak la malas nak mulakan balik morning walk ni.
pas tu meh la sarapan dengan baby bread pudding ni.... kes nak menghabiskan roti yang nak tamat riwayat, kita buat jer la something yang boleh menyelamatkan roti ni dari terbuang kan....
Bahan-bahan ( 6 keping )

- 2 keping roti putih
- 2 sb tepung jagung
- 3 sb gula halus
- 100 ml susu cair
- 2 biji telur(guna 1 putih telur saja) (kak rose guna dua2 biji tu)
- 1-2 titik esen vanilla
- sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
- sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun)
- mangkuk muffin - disapu majerin (kak rose guna sm - x yah sapu butter dah!)
- Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
- Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
- Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
- Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
- Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
- Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
- ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.
Sunday, January 25, 2015
muffin ulang tayang....
buat muffin ni masa sebelum g kk lagi tapi sejarahnya nak jugak post kat rumah maya kak rose ni... sejak berpindah ke Penang ni memang belum dapat bersilat didapo sepenuhnya.... baru sepuluh hari kat sini, ikut en asben g kursus kat KK dan lepas tu g KL pulak.... kira 2 minggu jugak tinggalkan rumah ni dan dapo kak rose memang di hotel jer la sepanjang tu. best jugak, ari2 makan yang dah tersedia, sedap2 pulak tu.... tapi ade jugak yang kak rose saja meronda2 cari lunch dan dinner kat luar... nak jugak rasa pilihan yang lain kan.... seafood yang fresh jugak menggamit rasa nak singgah makan kat tepi laut.... best!
muffin ni kak rose buat guna resepi yang dah beberapa kali cuba, memang menepati citarasa, tu lah yang buat berulang2...buat pun hanya separuh dari adunan ni dan dapat lah enam ketul beso2 ni.. cukuplah untuk kami berdua... mekasih Noor Secubit Garam kongsikan resepinya.
COKLAT CHIP MUFFIN

- 250gm tepung
- 2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu besar serbuk koko
- 175gm gula
- 150gm coklat cip
- 250ml susu segar
- 90ml minyak
- 1 biji telur A
- 1 sudu teh esen vanilla
- gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
- gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
- letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.
Friday, January 23, 2015
Horizon Hotel KK
kali kedua kak rose datang ke sabah.... tapi ni pertama kali duduk kat sini, ikut encik asben yang g kursus, lama pulak tu sampai hari kesebelas baru balik...dan kak rose dapat bilik ditingkat sebelas dan menghadap ke laut, so boleh nampak pemandangan dan perjalanan bot penumpang yang besar dan kecil berulang ke pulau gaya yang berdekatan.... sayup2 dari pandangan mata, tapi sangatlah aktif pergerakan bot penumpang tu... nampak dari jauh macam nak capsize jer... seriau pulak mandangnya!
saja nak tepek kat sini gambar2 bilik yang kak rose duduk, memang selesa dan kemas...dan tiap2 hari housekeeping datang makeup the room.... jadi bilik pun sentiasa kemas...
toileteries dalam bilik mandi with glass door yang berlatarbelakangkan kala hitam.
and when you stay more than seven days, ade free laundry so... lagi bertambah malas lah bila semua kerja ade orang buatkan.... nasib baik bila balik n timbang berat, Alhamdullilah no changes!
saja nak tepek kat sini gambar2 bilik yang kak rose duduk, memang selesa dan kemas...dan tiap2 hari housekeeping datang makeup the room.... jadi bilik pun sentiasa kemas...
basin untuk hand wash yang cantik....
toileteries dalam bilik mandi with glass door yang berlatarbelakangkan kala hitam.
macam2 ade...
bath tub yang tak de masa nak guna pun!
coffee section... bancuh kopi n bli goreng pisang kat bawah for tea time.
sambil minum kopi boleh buat kerja kat working station ni atau tengok tv
atau bermalas2 kat koridor yang menghadap laut ni...
masa ni panas sangat kat luar, jadi langsir semua tertutup jer!
Thursday, January 22, 2015
Kesian sidaun kesom....
selama sepuluh hari berjimba jimba di kota kinabalu, pokok2 kesayangan yang dibawa all the way dari shah alam hujung tahun lepas terpaksa ditinggalkan.... dan bila petang semalam sampai je dirumah, perkara pertama yg dijenguk adalah pokok2 ni....kesian nya...semua hampir layu sbb panas sangat. Masa dalam teksi dari airport tu tanyakan kat pemandu tu dan katanya lebih lima hari dah tak hujan kat sini....lagilah terbayang pokok2 kesayangan tu.... apa jadilah agaknya. Nasib baik jugak ada kawan2 tolong siramkan....tapi macam kurang kasih sayang dari tuannya je....
Dan pagi ni kena tinggal lagi.... kali ni ke KL pulak.... Tak pe la, kali ni tak lama sangat kena tinggal dan pagi tadi sebelum g airport dah kasi siram mandikan cukup2 sampai banjir pasu. harap bila balik nanti tak lah layu lagi...tapi minggu depan pun sekali lagi nak kena tinggal....kesian daun kesum ku! pokok daun pudina pun dah kurus.... pokok kunyit, serai dan daun pandan pun layu....nantilah akan kak rose bagi secukup kasih sayang biar hidup subur semula, semacam masa di shah alam dulu....
Ke KL pulak....
pertama kali sampai kat KLIA2, jauhnya kena jalan untuk sampai ke depature hall... nak tercabut lutut berjalan. bila dah sampai haruslah terus lepakkan diri.....
Wednesday, January 21, 2015
Saturday, January 17, 2015
Pulau Gaya
Pulau Gaya yang famous dengan perkampungan air dan famous jugak for wrong reason dengan penempatan warga asing kelihatan dari bilik perkampungan kak rose selama 11 hari kat sini. Sepanjang masa ade saja speed boat yang berulang pergi dari mainland ke pulau tu. memang nya disepanjang pantai pulau tu ade saja perkampungan air, bukan saja ditepi pantai tapi sehingga jauh menjulur kelaut... màcam manalah cara kehidupan diatas air tu kan, tak leh nak bayangkan....
Friday, January 16, 2015
Masih disini....
lorong depan deretan pintu bilik...from one end to the other
Masih disini....dalam bilik hotel jer, cuma turun untuk breakfast, cari makan dan ronda2 cuci mata kat kawasan sekitar. Rasa boring jugak asik terperap, tapi nak buat camner kan.... nak g meronda jauh2 sensorang takut la pulak... dan cuaca adalah tersangat burning hot. kawasan tepi laut kan, panas dari laut sangatlah membakar rasanya. jadi adalah lebih baik untuk memanjakan diri dalam air cond sepanjang masa....hehehe nampak na malas nak bergerak kan!
and at the other end, a bridge leading to nowhere!
Thursday, January 15, 2015
Hantu kak limah ade kat hotel?
Paper semalam....
Asalamualaikum dan salam hari khamis. Kak rose masih di kk dan akan stay kat sini hingga hari selasa nanti. Tak ade apa2 aktiviti yang boleh buat sbb x de geng nak g jauh2...melainkan ronda shopping cuci mata kat sekeliling hotel ni. Tapi memang keliling hotel ni ade banyak tempat nak mengosongkan poket....macam2 ada, kak rose je poket dah memang kosong....habuk banyak la.
nak cerita kisah pagi tadi ni, sebelum g bekpes tu memang ade news paper yang hotel supply, tp tak amik masuk dlm bilik sbb nak cepat, so biar je la kat situ...tak de sapa nak amik lah kata en. asben...tapi bila kak rose naik semula sejam lepas tu, tengok paper tadi dah tak de kat tempatnya....ingatkan staff yg collect laundry tu bawak masuk dalam ke.... check dlm bilik mmg x de....sah la ade hantu kak limah yg rajin kutip paper for my room tu.... bg tau kat en.asben yg dah off g kursus...
Tak kuasa la nak mintak yg lain.... tunggu je la esok nya paper pulok. Tak sangka la kan duduk kat exec floor, tapi panjang tangan masih tak leh nak ajar...ke camner tu?
Wednesday, January 14, 2015
Monday, January 12, 2015
Salam dari KK
pemandangan dari tingkat 11 hotel horizon....
Asalamualaikum dan selamat pagi dari negeri dibawah bayu. Kak rose sampai sini malam semalam around 7.30pm flight direct dari Penang airport. It's take about 2 hours n 45 minutes flight dan Alhamdullilah tak de perkara yang kurang disenangi....cuma ade beberapa kali isyarat tali pinggang dipasangkan sbb cuaca dan awan yg berkepul2.... bergegar sesekali flight... mulut tak berhenti berzikir semuga dipermudahkan perjalanan kami kesini...bila teringat awan dan flight QZ8501mmg sangat menakutkan. Syukur padamu ya Allah, memudahkan urusan kami.
Akan berada di Hotel Horizon Kota Kinabalu sehingga 21 Januari kerana mengikut en asben yg menghadiri kursus kat sini....tinggallah rumah baru kami kat Penang yg masih belum siap berkemas sepenuhnya.... masih banyak kotak2 yg belum di unpack dah kena g sini pulak....nak tinggal dirumah sorang2 dengan tempat yg kita belum biasa pun rasa takut jugak....so the best way, ikut je la...boleh ronda2 cuci mata kat sini instead of asik dengan kotak2 yg kena un pack tu... release tension kekdahnya!
Suma datang serentak....
Ni la kisah berpindah rumah, cerita hari selasa lepas.... asik citer pasal rumah dan pindah jer, masak2 memang belum terbuat lagi. semua pun nak kena buat from stratch. air cond yang dah ditanggalkan dirumah shah alam kena pasang kat sini pulak...walaupun dah ade bekas lama tempat pasang tu, tapi bila buat pemasangan baru the charges pun macam nak pasang yang baru... 3 buah at 150 each. kalau lah pandai semua buat sendiri kan jimat... nak tak nak kenalah juga koyakkan poket tu!
5 orang yang datang buat pemasangan ni, tapi ya Allah lamanya nak settle...dekat tiga jam baru sudah semuanya. siap ade minum petang lagi tu....kita kesian kat derang buat kerja penat2 tapi depa ni bukan mau kesian kat kita pulak, sedikit diskaun pun tak nak kasi.... dan pasang air cond tak siap lagi, datang pulak orang nak buat pest control service....sembur untuk semut dan lipas luar dan dalam rumah.
sementara tu ada jiran yang komplen pasal air kumbahan yang bertakung kat kawasan perumahan ni, jadi IWK pun datang buat kerja pada masa yang sama... bukak lubang sewerage dan korek sana sini. nasib baik jer jauh dari belakang rumah kak rose ni... kalau tidak pasti dapat haruman percuma jer kan.
dan last sekali, bila hari dah nak senja ade pulak fogging company buat service kat kawasan perumahan ni... kalau kat shah alam dulu ade komplen pasal denggi baru derang buat fogging, tapi kat sini yang sentiasa panas berbahang pun ada buat jugak. ade nyamuk aedes ker? tapi bagus jugak la untuk prevention sebelum apa terjadi kan.
harap bila semuanya dah settle down, boleh la duduk dengan aman dan selesa kat sini.... cuma berkemas dan unpack barang2 tu yang tersangatlah malasnya nak buat... ade sapa2 yang volunteer nak tolong kak rose yang punya banyak sangat vitamin m yang tak de ubat ni? hishhhhh!!!!

Sunday, January 11, 2015
Penang here we come...
31st December 2014, hening pagi rabu selepas subuh kami memulakan perjalanan untuk meneruskan kehidupan ditempat baru. tinggalkan kenangan yang pahit dan yang indah2 kami bawa bersama ke penang...semuga tempat baru akan lebih memberikan kebahagiaan yang berganda... welcome to Geroge Town, Penang.
melalui the forever famous jambatan pulau pinang. walaupun dah banyak kali datang ke penang, tapi perasaan tetap tak sama bila kedatangan kali ini adalah untuk menetap disini.... sedaya upaya menahan air mata jangan jatuh untuk tidak menambahkan kesedihan, berulang kali hati mengatakan we are moving here for good. tapi tu la angguk dikepala dihati tidak. susahnya memujuk hati!
melalui jalan yang sentiasa sibuk dan trafik yang bersimpang siur, begitu juga hati... bercampur baur perasaannya. hutan batu disepanjang perjalanan kerumah baru...
melalui jalan padang kota, sempat snap menara jam dibulatan ni....
akhirnya sampai kerumah yang kami akan tinggal.... dan lori barang pun dah sedia menunggu to be unload. 1st lori penuh dengan kotak dan dua buah motor. pokok2 kesayangan pun kak rose bawak!
2nd lori, segala mak nenek barang ade dalam tu.... nasib baik pihak movers ni siap sediakan pekerja untuk unload and susun kotak2 yang diturunkan dalam satu bilik yang kak rose jadikan store.
en asben macam toke beso tengah supervise derang unload barang2...
sebahagian dari kotak yang dah disusun dalam bilik... tak tau begini banyak harta karun kak rose bila dah dikumpulkan.95 kotak dan tak termasuk barang2 yang hanya berbalut cling film.... entah bila la nak sudah berkemasnya!