Monday, January 26, 2015

baby bread pudding

 Asalamualaikum dan selamat pagi isnin yang ceria hendaknya....baru balik dari berbriskwalk yang sudah lebih sebulan kak rose tinggalkan... kiranya hari ni kali pertama buat morning walk kat sini.... walaupun tak tahu lagi kat mana padang or taman, kak rose berbrisk walk kat kawasan rumah ni jer.... pusing keliling selama 1 jam... yang penting kuor peloh dan dapat jugak nak lenguh2 kaki tu....

 ok la esok sambung berbrisk walk tu lagi dan hari rabu nanti nak ke KL lagi.... dan yang pastu brisk walk pun terberenti jugak. bila dah bercuti tu mmg susah sangat nak mulakan semula la kak rose ni... kalau nak ikutkan malas tu, apa pun memang tak boleh jadi kan... jadi kena jugak paksakan diri... untuk kebaikkan diri sendir jugak, sapa la nak jaga diri kita kalau bukan tuan punya badan kan? harap2 nanti tak la malas nak mulakan balik morning walk ni.

pas tu meh la sarapan dengan baby bread pudding ni.... kes nak menghabiskan roti yang nak tamat riwayat, kita buat jer la something yang boleh menyelamatkan roti ni dari terbuang kan....

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja) (kak rose guna dua2 biji tu)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun)
  • mangkuk muffin - disapu majerin (kak rose guna sm - x yah sapu butter dah!)
Cara-cara
  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

No comments:

Post a Comment