Tuesday, October 28, 2014

Sagu gula melaka

 pebret sepanjang zaman.... rasanya lama tak buat manisan ni. ari tu buat bubur sagu yang makan dengan nangka tu, seakan cam ni jugak la cumanya guna gula putih jer,,,, tapi rasanya kak rose lebih prefer dengan sagu yang ni....bagi kak rose ler, sagu lebih sedap dimakan dengan campuran santan dan gula merah. terasa kelainannya. semangkuk beso ni tak cukup buat kak rose! sejuk2 hujan pun boleh ngap banyak2. sedap!

semangkuk sagu gula melaka versi malas.... lepas basuh n tapis terus masuk dalam loyang n sejukkan. nak makan, sendukkan dalam bekas dan curah santan n air gula merah, siap! resepi dari rossitamz, mekasih ya dan kak rose kongsikan kat sini lagi...

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam 
  •  
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air 
  • 1 helai daun pandan  
Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

4 comments:

  1. mmg sedap..anak2 suka makan..tambah2 simpan dalam peti ais..laju ajer

    ReplyDelete
  2. Rizziela...kak rose pun suka makan sejuk2... nyaman jer!

    ReplyDelete
  3. adda syuhada.... he he he sedap untuk menambah lemak jugak!

    ReplyDelete