Monday, June 9, 2014

Begedil daging burger

 gamba lama yg pernah buat dulu.... beso2, makan ngan fresh salad!

 begedil yang cuma tinggal gambar saja.... memula nak tiup habuk2 dan sapu sawang kat blog yang lama terbiar ni.... begedil ni pun buat untuk majlis bacaan surah A-Khafi pada hari jumaat lepas... buat pun macam emergency saja, sbb baru balik dari kampung dan x plan nak buat bacaan ni kat rumah kak rose, tp disebabkan kawan yang dah amik giliran tu x dapat buat dan tak de sapa nak sahut dia punya distress called, maka kak rose pun volunteer kan diri. so sepetang khamis tu bz siapkan bahan2 nak buat soto ni, termasuk lah begedil daging berger ni.... freezerkan dan esok pagi2 baru goreng.

 begedil daging burger emergency....kecik2 jer bahan sampingan untuk soto ayam

 nasib baik semua bahan ade kat rumah, so mudahlah nak sediakan semuanya walapun sedikit kelam kabut sbb x dak assistant yang boleh tolong.... sambil rebus nasi impit, buat kuah soto n buat jugak begedil ni dan siapkan segala mak nenek bahan sampingannya.... resepinya kak rose amik dari Diana dan kak rose pernah buat jugak

 sebahagian yang masih berbaki.... belum masuk dalam koli.

resepinya... kak rose buat sekilo kentang, so memandai la nak adjust bahan2 tu ya.

Bahan²
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup / daun bawang dicincang _ optional
1/2 - 1 sb tepung jagung
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _  (kak rose x bubuh)
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( x de)
Sedikit serbuk lada hitam
bawang goreng - yg ni kak rose tambah


Bahan² A
1 biji telur _ dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng
 begedil daging berger berposing dalam soto ayam n nasi impit....

Cara²

  1. Basuh dan buang kulit kentang.
  2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
  3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat ( ketika kentang masih panas ).
  4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger ( defrost dahulu ), daun sup/daun bawang ( jika guna ), perencah pati ayam, serbuk lada hitam dan Maggi seasoning. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
  6. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2 sb tepung jagung.
  7. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
  8. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali ( untuk mengelakkan begedil hancur ).
  9. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.
  10. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
  11. Angkat dan toskan atas paper towel.

2 comments: