Thursday, May 15, 2014

Ubikayu kukus traffic light

 oleh kerana terpandang tayangan amal di fb, terasa sangat nak makan ubi kukus ni. kebetulan ade baki ubi yang kak rose bawak balik dari kampung selepas buat goreng n cicah sambal kicap jawa tu...tp akan tetap kak rose kenang kejadian ubi kukus ni... setelah masak kuih ni, en asben tepon dia nak balik sbb x sihat.... hati pun dah jadi x senang dibuatnya... masa tu kak rose dah ready sbb ade kuliah petang kat mesjid, tetiba dia ajak g sepital sbb doc soh buat blood test suspect denggi katanya. menggigil lutut rasa!


so kemaskan semua dan ikut g sepital, without an appoinment terus jer ke SDMC bahagian kecemasan... tunggu x lama terus amik darah dan akan dapat akan dapat result within two hours...so tunggu je la kat sepital tu....dan Alhamdullilah sangat2 keputusan blood test tu semua negative. apa2 pun kalau ade lagi simtom, doc soh g cepat2 ke sepital balik. harap2 x de lah semuanya..... so bolehlah balik rumah dan sambung projek dengan ubi kukus ni.... potong2 n gaul dengan kelapa, dapatlah santap dengan bahagianya, seperti kata Noor tu.

 meh kak rose kongsikan resepinya dari dapur Bicara Kak Noor, mekasih ya kongsikan resepi kuih orang lama2 yang diberi nafas baru.... wana wani tepek light kejadian ubikayu kukus ni. selalu tu kalau ade ubi ni cuma tau nak goreng or rebus berempah jer....kini dah ade koleksi resepi untuk ubi ni.

  • 1 1/2 cawan ubi kayu yang sudah di parut dan diperah air nya
  • 1 peket santan serbuk
  • 1/2 cawan gula putih atau 3/4 cawan gula merah
  • 3 sudu tepung ubi
  • 1 sudu margerin
  • secubit garam
  • kelapa parut secukupnya
  • pewarna merah,kuning dan hijau

Cara membuatnya
  • Masukan semua bahan dalam bekas besar kecuali kelapa parut, gaul semua biar rata dan sebati boleh jugak diblend kalau mau lebih halus tekstur nya
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan hijau merah dan kuning
  • Lengserkan tray dengan sedikit marjerin dan masukan lah satu2 dalam satu tray yang sama.
  • Yang ni akak masukan dalam acuan apam sukahati sendiri lah ya..
  • Boleh lah dikukus selama 30 minit atau sehingga masak dan pastikan kukusan tu telah dipanaskan dulu.
  • Bila sudah masak potong dan gaulkan dengan kelapa parut yang sudah dicampur sedikit garam dn boleh lah disantap dengan bahagia nya sekali heheee..

5 comments:

  1. Salam kak rose.. sedapnyer ubi kayu kukus.. biasa tun rebus je..

    ReplyDelete
  2. tun, ni pun pestaim buat... sbb terguda dengan kecantikkan nya kat fb Noor tu la....

    ReplyDelete
  3. Buat bfast ngan hiTea sedap ni😊

    ReplyDelete
  4. terimakasih kak rose dek kerana tergugat hebat terus jadi trafic light jugak ye ..

    ReplyDelete