Monday, May 12, 2014

Bening betik yang menyihatkan....

 Salam dan selamat tenghari buat kawan2 semua.... ade yang sambung cuti hingga esok ker? kalau bercuti meh kita masuk dapo, masak untuk keluarga tersayang.... tapi kak rose nak masak yang mudah2 jer dan cepat dapat menikmatinya. betik mengkal ni amik dari kampung, maklumlah semalam baru balik so ari ni kita jadikan dia sayur yang menyihatkan ni... ikut bak kata tukang punya resepi la, tp kalau mengadap bagai tak hengat tu masih lagi dikatakan menyihatkan ker? sendiri mau ingat la kan...

resepi sempoi dari CMG, kak rose kongsikan kat sini ya...tapi maafla, tad dak pulak daun kunyit tu.... so togel jer la sayur bening kak rose ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh penuh lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Betik dikupas kulitnya, buang biji dan belah pada beberapa bahagian. Kemudian hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, ikan bilis (toskan), kiub ikan bilis (jika guna) dan air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan betik, daun kunyit dan lada hitam. Masak hingga betik lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja..

No comments:

Post a Comment