As salam dan selamat pagi kawan2 semua.... asik2 post pasal rambling.... tak tau kat mana nak luah, maka rumah maya ni jadi tempat melepaskan grrrrrr kak rose ni. dulu dah pernak luah kat sini, tapi lepas tu ade lah kurang sket menda ni jadi lagi. tapi this lately makin menjadi2 pulak.... dah beberap hari ni asik keja membersihkan bahan buangan si dia ni... sejak kak rose isi tanah dalam pasu untuk tanam pokok cili ni, ade je dia punya kat dalam tu. memula tu biar jer tanah tu, bila dah jadi dia punya tempat buangan, kak rose pun bubuh rumput2 kering dengan harapan untuk jadi penghalang... rupanya dia lagi pandai, dikorek2 sampai pokok cili pun dah tertimbus dek dia punya uut uut tu!
pokok cili yang dah tertimbus denagn dia punya bahan buangan tu... dah sembur dengan clorox kat pasu2 ni, semuga dia x buat jamban lagi pada pasu ni.... jangan pokok cili pulak yang mati udah ler!
semalam kak rose dah bersihkan pasu anak cili buangkan rumput2 kering tu n tutup dengan papan, selamat la dia pagi ni, tapi pasu disebelah yang ade benih kunyit pulak jadi mangsa.... tertimbus terus pokok kunyit yg baru nak bercambah....adoyaiiiiii!!!! punya harapan nak hidup kah pokok kunyit tu nanti????
dan pagi ni ade tambahan pulak.... rumput dilaman yang memang kak rose bela bagi cantik2 juga dah jadi jamban dia.... selungguk dia kat situ dengan bau yang sangat harum menusuk hidung memanggil2 lalat hinggap... banyak kerja pembersihan kena buat lak pagi ni sambil mulut pot pet.... nak marahkan kucing, apa lah yang dia tau, tapi wahai tuan punya kucing, sediakanlah tempat pembuangan untuk kucing anda.... jangan jadikan laman rumah dan pasu tanaman kak rose jadi jamban depa! kalau ade yang terbaca n3 ni sila lah terasa sbb kak rose dah terjumpa loceng kucing yang anda tanyakan tu dalam pasu pokok cili yang jadi jamban kucing anda tu!
ari tu, dia buang ikan2 mentah kat depan pintu belakang rumah kak rose, dan semalam tulang2 ikan pulak.... sisa buangan selepas siang ikan pun dia buang dalam pasu kat belakang rumah kak rose... wonder why dia tak buang dibelakang rumah dia sendiri kan? as if kita ni x dak sense of smelling kah?.... x lalu nak bukak pintu, lalat berebut nak masuk rumah! camner nak tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berserak
jiran blkg umah sy lak dok bela burung merpati.. asalnya sikit, skrg dah beranak pinak.. asal bagi makan dicampaknya menghala ke rumah saya.. tak tahu dah apa rupa blkg umah tu.. dgn sisa makanan.. dgn tahi burung merpati lagi... grrrrrr
ReplyDeleteSian kita kan SK...
ReplyDeleteCara saya mengurangkan masalah kucing liar yang datang mengotorkan pasu-pasu bunga saya ialah
ReplyDelete1) siap sedia sebuah baldi penuh dengan air. Setiap kali saya ternampak kucing datang saya akan sembur dia dengan air. Saya terpaksa melakukan beberapa kali sehingga kucing tersebut faham dan tidak datang lagi.
2) Kucing tak suka bunyi kuat secara tiba-tiba. Bila kucing tersebut datang saya akan menepuk tangan dengan kuat sambil menyiram air pada kucing tersebut sehingga dia beralih dari tempat saya.
3)Pastikan pintu/pagar ada letak dawai untuk menghalang kucing liar masuk. Kalau kucing tersebut susah nak masuk dalam kawasan tersebut dia jarang masuk ke dalam.