Friday, February 21, 2014

Ayam percik dalam magic pan

 Salam Jumaat dan selamat tengahari semuanya.... asik bersawang jer rumah maya kak rose ni....bzkan apa entahnya....tapi hari ni ade sikit rajin nak masak sbb encik asben balik tengahari lunch kat rumah sebelum g semayang Jumaat kat mesjid berdeketan rumah ni. so balik jer dari aktibiti hari jumaat kak rose, terus sediakan ayam percik ni. Ni kes semalam terpandang kat fb puan Ros Sinaran Menu yang sangat menggoda tu la....

 memang mudah sangat masak gunakan magic pan ni... orang lain bli kita pun sibuk nak jugak, tapi guna sekali jer pas tu simpan kat rak sampai dah lupa dengan menda ni....bila semalam terpandang Puan Ros buat ayam percik dalam  magic ni pan, teruslah keluarkan pan tu balik...nasib baik dia x tau merajuk sbb terbiar lama kan.... so ni la dia ayam percik dalam magic pan tu, dan dah selamat pun disantap bersama en asben sekejap tadi... resepinya kak rose copy dari Pn Ros, kat sini ya.....mekasih banyak2 ya. sedap, sampai bertambah2makan...maklumlah dah 5 hari x jumpa nasik, balun semacam jer! kuah yang pekat mmg sedap, cicah pulak dengan timun jepun, x toleh kiri kanan dah!
.

 
Bahan-bahannya
* 3 keping paha ayam (kak rose buat 2 keping jer)
* Santan pekat dari sebiji kelapa
* 3 biji bawang merah saiz sederhana besar
* 3 ulas bawang putih
* seinci halia
* 2 batang cili kering
* garam dan gula secukup rasa
* sekeping asam keping atau sedikit asam jawa dicampur sedikit air
 
Cara-caranya
1- Bersihkan ayam dan perap sebentar bersama sedikit garam yang dah ditumbuk dengan sedikit halia da bawang putih.
2- Atur ayam dalam kuali dan tutup kuali. Masak ayam dalam 10 minit.Buka penutup dan balikkan ayam dan tutup semula kuali. masak lagi 10 minit.Buka penutup dan pastikan kedua-dua belah ayam nampak keperangan . Kalau belum perang boleh masak sebentar lagi.Bila siap angkat dan letakkan dalam pinggan.
3- Masukan kan bawang,halia dan cili kering kedalam blender bersama secubit serbuk kunyit dan masukkan sedikit santan.Blend bahan bersama santan.
4- Masukkan bahan yang diblend kedalam kuali ajaib tadi(Kuali tu jangan dibersihkan selepas bakar ayam ya). Kacau hingga santan mendidih dan masukkan bahan perasa,pada masa ni kalau santan dirasakan agak cair boleh masukkan sesudu gandum yang telah dibancuh bersama sedikit air untuk memekatkan kuah).
5- Masukkan ayam dan biarkan santan mendidih dan pekat. Balik-balikkan ayam.masaklah hingga santan pekat dan ayam betul-betul masak.




5 comments:

  1. Wah Sedapnya kak rose.. boleh dicuba ni ;)

    ReplyDelete
  2. Nampak cam senang dan sodap, nnti Nk cubalah.tima kasih berkongsi resepi ni kak ros.

    ReplyDelete
  3. Yati, mudah n sedap. cepat jer masaknya n ngapnya!

    ReplyDelete
  4. Ct NorArizah, mmg mudah buatnya. sila lah mencuba ya.

    ReplyDelete
  5. Hello Kak Rose, how you doin'? I suka ayam percik. Used to have it at Kota Baru bila malam jalan at pasar malam. I missed nasi dagang too. Da 30 years tada makan ni.
    Yours looks so delicious, boleh dapat the wangi where I am, ha ha.
    And the colour of ingredients you used looks so good!
    Have a nice weekened, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete