Friday, December 20, 2013

Kuih putri ayu


 
salam jumaat yang mulia buat kawan2 semua...buat kuih putri ayu ni untuk bawa g rutin mingguan hari Jumaat...bacaan Surah Al- Khafi bersama muslimat di taman kejiranan kak rose ni...lama rasanya x buat kuih ni, al maklum sajalah, vitamin m tu selalu je melanda, tapi tang makan tak pernah nya nak malas lak tu... bila g ngaji malu la pulak kalau datang dengan tangan kosong jer, sedangkan kawan2 lain yang datang semuanya dengan bekas ditangan...

 so ni la kuihnya yang kak rose bawak pagi tadi tu...resepi kak rose kopi dari rumah hana, mekasih ya nduk dan kak rose kongsikan kat sini lak...

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • (kak rose gantikan dgn susu cair)
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
antara yang hadir. tuan tanah bergambar dengan tuan rumah... terima kasih kak Kalsom Abd Aziz yang sediakna rumah untuk majlis bacaan setiap hari jumaat.



apa lah agaknya yang dibincangkan oleh ustazah dengan auke kek lapis sarawak ni...


dan kuih putri ayu yang kureng keayuannya.... kedekit sungguh nak buh kaler hijau tu!

8 comments:

  1. Alhamdulillah,bagus betul kejiranan kak rose buat majlis ilmu setiap jumaat, ada jugak aktivitikan...

    Emmmm ayunya.. kuih putri ayu kak rase tu :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Rose,
    Elok sangat kejadian kuih putri ayu Kak Rose. Dulu pernah juga buat, kuih ni sedapkan, lembut dan lemak2 gitu. Suka tengok suasana majlis ilmu spt ini.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya....dh lama tak buat... nk ckit!

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Kak rose..saya kan..beli acuan beria2 dulu, skali je buat, dah agak2 nak buat lg nnt tah kat mana nak cari balik acuan tu..hahah..anak2 buat main dah

    ReplyDelete
  5. Yati, nasib baik ada yang initiatekan aktiviti cam ni, so kita join la...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam Watie, buat kuih untuk bawak kemajlis tu... masin2 bawak sepinggan, so tuan rumah x tak la bersusah nak masak lagi.

    ReplyDelete
  7. Gee... alamak tinggal bekas jer!

    ReplyDelete
  8. Anna Qawina, mmg memerlukan vit r yang sangat banyak nak buat kuih ni kan...

    acuan ni jugak yg kak rose sllu guna untuk buat bermacam2 apam...mudah guna acuan kecik2 cam ni kan..

    ReplyDelete