Saturday, October 12, 2013

Mee goreng basah

 nak nya buat mee goreng baasah2, tp bila dah masak suma dah jadi mee goreng tak berapa basah lak...x berkuah dah! rupanya ada petua nak buat nya, nak tau kena g tengok kat tuan punya resepi tu ya...kak rose ni main belasah jer....tp tak pe, rasa tetap mantoop gitu...mekasih pada tulip77 yang kongsikan resepi mee goreng ni...

Bahan-bahan

  • 600g mee kuning
  • 2 ekor sotong (kak rose x letak -takut gatalllll!)
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk ** (kak rose tak buat pun...)
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

1 comment:

  1. Kak Rose, saya pun selalu buat mee goreng yang basah camni sebab anak-anak suka yang basah. Tapi kena makan panas-panas, means lepas goreng terus angkat dan hidang. Kalu ulang makan tu maknanya, mee goreng dah kering.

    Terimakasih berkongsi resipi.

    ReplyDelete