Friday, July 26, 2013

Ayam bakar halia


Salam Nuzul Quran buat semua.... kepada yang bercuti sempena hari Nuzul Quran ni pasti nak g shopping hari raya....dan yang sudah pasti KL sesak dengan orang ramai...begitu lah setiap tahun kan.. orang ramai bershopping like no tomorrow gitu! apa lagi kakitangan kerajaan baru dapat gaji dan juga duit raya, memanglah memborong sakan untuk raya nanti.. kak rose ni x de rasa macam nak raya lak... satu cookies pun x buat lagi, tp bila dengar lagu raya kat radio, rasa macam dah dekat sangat nak raya kan... apa pun menu bukak posa juga kena dulukan... semalam kak rose buat ayam bakar halia ni makan dengan potato wedges jer...rasa dah x lalu nak makan nasik tp nnti bila lapo nasik jugak yg dicari... resepi ayam bakar ni kak rose amik dari dapo Ummi, dah buat banyak kali jugak. kak rose kongsikan kat sini lagi sekali ya..

kak rose buat guna dua keping whole leg tu, jadi pandai2 la ejas bahan agar menepati citarasa sendiri ya... salad pun x dak... cuma ada lettuce n cherry tomatoes

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose 2 keping whole leg jer)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - kak rose terus jer bakar dalam oben
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

No comments:

Post a Comment