Tuesday, June 4, 2013

Soto... x cukup bahan!

 salam dan selamat petang semua... mee hoon soto yang x kecukupan bahan, tp actually cuma ayam carik2 tu jer yg x de sbb tiada kerajinan nak goreng n siat2 ayam tu! tapi masih sangat memuaskan hati dan perut kak rose la kiranya ni. buat untuk lunch tadi. guna mee hoon jer sbb cepat dapat nak ngapnya kan. kalau ada nasik impit lagi sedap. kuah dan pegedil kak rose dah sediakan awal2, so tadi cuma nak kena siapkan bahan sampingan nya je kan... trasa macam nak siapkan jamuan raya macam ari tu pulak!

resepi kuah ni masih guna yg pernah kak rose buat dulu iaitu dari CMG, mmg serasi dengan tekak kak rose ler... pegedil guna resepi yg ni, dan sambal kicap resepi dari sini pulak. huh berpoloh2 menghirup kuah soto yang sedap dengan sambal kicap yg kaw tu.... bertambah2 makan wpun x cukup bahan!kak rose tepek sekali lagi resepi kuah soto dari CMG ni. mekasih ya.

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu (kak rose guna mee hoon jer!)
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus (x letak, x rajin  nak goreng ayam tu)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..

12 comments:

  1. tapi pada mata saya, soto yang akak buat ni memang perfecto...best ni :)

    ReplyDelete
  2. sama2 kak rose...saya pun ngidam soto gak ni..tunggu seru datang dulu...

    ReplyDelete
  3. Tak cukup bahan tak pe kak rose janji sedapppp Dan perut kenyang ehe ;-)

    ReplyDelete
  4. salam kak rose..

    saya ni peminat tegar soto..memang kegemaran saya..paling suka makan soto daging.

    ReplyDelete
  5. Ann, bila dah kemaruk nak makan, x cukup bahan pun belasah je. sedap gak

    ReplyDelete
  6. Mat, bila dah ngidam nak makan x yah tunggu seru dah

    ReplyDelete
  7. Yatie, betul sangat tu... puas dapat makan

    ReplyDelete
  8. Bbwana, boleh la mencuba nnti

    ReplyDelete
  9. tak cukup bahan pon nampak gojess sangat

    ReplyDelete
  10. owsem dah ni kak kalu zila bila dah ada begedel..nak ckit

    ReplyDelete
  11. Aduh mak aii...! terlior tgk soto kak Rose... bestnyaaaa

    ReplyDelete