Monday, May 20, 2013

Tauhu lembut sos pedas

 salam semua... menu lunch yang x rajin nak masak.... tauhu lembut ni pun dah seminggu bertapa dalam fridge, nasib baik x senasib macam stroberi ari tu. lambat lagi tarikh expirednya, so sebelum terus terlupa meh la jadikan menu untuk lunch ari ni... resepi asal dari nduk hana, mekasih ya nduk tp kak rose cnp dari yg pernak buat dulu...

baru turun dari kukusan, masih belum bersiram....

 tu dia, tukang masak zaman sekarang, siap ada ipad didapo....konon senang nak tengok resepi ... melampau la pulak kan. apa pun kak rose tepek lagi sekali sekali resepinya kat sini ya..

Bahan-bahan
  • 1 keping tauhu lembut (dikukus) (kak rose kukus +- 10 minits)
  • 1 sudu makan cili kering kisar - hana lebihkan sket
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk kasar)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit bijan (disangai)
  • sedikit air
 selepas dimandikan dengan sos pedas....

Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali/periuk.
  • Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga kering. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato dan air secukupnya.
  • Setelah masak, siramkan di atas tauhu dan taburkan bijan.

apa lagi, pas amik gambo suma terus lah ngap.... no rice but fresh fruits ni. cukuplah untuk lunch ari ni.

No comments:

Post a Comment