Friday, May 10, 2013

Rahsia Surah Yasin ayat ke58

 gamba lama -  masa buat majlis bacaan Yassin di langkawi

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... pagi jumaat yang sepatutnya ceria dah jadi buat hati panas jer.... disebabkan kontrektor yang buat tingkap kat rumah ni janji nak datang pagi, jadi kak rose pun terpaksa memontengkan diri dari menghadiri kuliah dhuha yang diadakan setiap 2nd jumaat setiap bulan... tapi hampeh sungguh, sampai nak dekat tengah hari x nampak bayang pun... geram jer!!!!!

untuk nak redakan kepanasan, meh kak rose nak sharekan artikel tentang kelebihan surah Yassin ayat ke 58 yang kak rose dapat dari kawan fb, boleh kita sama2 amalkan.... semuga mendapat banyak faedah kebaikkan darinya. Amin..



RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.

6 comments:

  1. salam kak..

    thanx kerana perkongsian entri yang sangat baik untuk diamalkan ni..

    ReplyDelete
  2. Salam kak rose.. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. thanks kak Rose
    memang selalu baca yasin tapi kadang terlepas pandang, sbelum ni pun mmg pernah dengar, tapi kita ni selalu lupa alhamdulillah kak Rose mengingatkan lagi supaya jadi panduan utk kita aminnnn

    ReplyDelete
  4. Dah betul tu kak rose, meredakan kepanasan hati dgn ayat Al Quran....
    Tq sharing info yg bermanfaat ni :)

    ReplyDelete
  5. tq rose kerna perkongsian ilmu...satu peringatan dn panduan buat kite... zila66

    ReplyDelete
  6. 'SALAAMUN QAULAM
    MIN RABBIN RAHIM'

    ReplyDelete