Thursday, May 30, 2013

Merasmikan acuan munger2....

 salam dan selamat petang pada kawan2 yang sudi jengah kat rumah kak rose ni.... ari ni kak rose nak sajikan gambar je sbb kuih cara ni mmg tinggal  gambar.... dah jadi bahan baja dah pun... buat dah dua hari lepas tp nak jugak tepek kat sini kan... sempena merasmikan acuan kuih cara yang munger2 ni. actually bli masa balik ke kelantan ari tu, tp baru kini nak gunanya...bila nak buat kuih ni mesti teringatkan anak yang sangat suka dengan kuih ni, jd nak buatnya pun lambatlah sket...

 ni lah acuan kuih cara munger2 yang baru 1st taim guna...elok je x melekat. pasti pas ni x nak guna dah acuan yg lonjong tu lagi...resepi kuih cara ni kak rose amik kat rumah Resepi Nannie, mekasih ya... dengan adunan ni kak rose dapat 6 kali loyang ni....


BAHAN-BAHAN :


2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam
garam secukupnya

CARA MEMASAK :


~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

6 comments:

  1. sy suka kuih ni. Pernah try buat sekali sampai la ni...tak cuba lagi...

    ReplyDelete
  2. sdp nyer rose, cntik kemas...suka kak ruby tengok

    ReplyDelete
  3. BAru beli ker acuan tu...

    ReplyDelete
  4. salam kak..

    comelnya kuih..bleh mintak skit?

    ReplyDelete
  5. takde acuan nak buat ni jamu mata je lah dulu....

    ReplyDelete
  6. yeeay dpt toy baru..peh ni post zila cara berlauk plak kak ye..ni pun sedap minum ptg gini

    ReplyDelete