Saturday, May 25, 2013

Bebola roti goreng

 bebola roti goreng versi orang malas....

salam hujung minggu semua... musim cuti sekolah dah bermula dan begitu juga dengan jemputan kenduri dari kawan kawan.... patutnya hari ni ada kenduri yang perlu dihadiri, tp disbbkan kat rumah ni kena power trip semalam, dan called contractor untuk betulkan main switch tu hanya boleh datang hari ini...so kena tunggu sehingga dia siap buat keja, hari dah menjelang lepas tengahari, kenduri pulak jauh nun di hulu langat, so amik keputusan x dapat nak join kengkawan yg nak pergi konvoi kesana... esok pulak ada kenduri kat Melaka pulak... nak konvoi ramai2 ke melaka sambil tu boleh la jenguk anak bujang yang x balik during cuti2 ni.... cuma akan balik bila ada appointment dengan doktor pakar pada awal jun nnti....

 walaupun rupa yang x semenggah, tp adalah sangat sedap

buat bebola roti goreng ni selepas terpandang kat blog ABM yang berhias cantik sangat menyelerakan.... sapa2 yang tengok cara dia present mmg dan2 tu la rasa nak makan...lagi2 orang macam kak rose ni yg pantang nampak....sumanak makan. kebetulan ada baki roti dan bahan2 lain, teruslah menyempurnakan hasrat dihati....ni jugak satu cara nak menyelamatkan roti yang dah nak tamat riwayatnya...dan heavennya dapat menikmati bebola ni dengan semug nescafe.... resepinya...

Bahan-bahan
12 keping roti (plain white bread) - potong kecil
2 biji telur - saiz besar
3 biji cili merah - dihiris (x de, kak rose ganti dengan cili flakes)
sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis - ABM guna perasa ayam
3 sudu besar mayonis - ABM tambah
2 keping fishcake - dihiris kecil (ABM tambah)
Minyak untuk menggoreng
1. Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.

3 comments:

  1. Sama menu dengan Rostina... baru jamu mata dengan bebola roti goreng di rumahnya tadi....

    ReplyDelete
  2. Hehehe, dah 2 orang buat resepi ni hari ni..nanti nak buat juga la..Kak Ros dah lama tak masuk daput sinaranmenukan???

    ReplyDelete