Bahan:
1 cawan isi durian
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung
1 sudu besar gula
secubit garam
Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar halus. Tuang ke dalam kuali dan masak sehingga pekat. Ketepikan.
lipat pandan bersos durian in the making....
Bahan lempeng:
125 gm tepung gandum
200 ml susu cair
1/2 sudu teh ragi (mauripan atau yang sewaktu)
25 gm gula castor
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar majerin
1 1/2 sudu kecil pandan paste
1/4 sudu teh pewarna hijau
Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blender halus.
Tuang bahan blender ke dalam mangkuk dan biarkan selama 1/2 jam.
Sediakan kuali leper tidak melekat yang berukuran lebih kurang 12 cm.
Sapu sedikit majerin. Tuang satu senduk sayur adunan ke dalam kuali. Masak sehingga permukaan kering dan berlubang-lubang. Gunakan api kecil sahaja.
Ketika masih panas, sapukan permukaan lempeng dengan sos durian. Lipat dua dan susun dalam pinggan.
satu adunan dapat 16 keping lempeng, sedap dinikmati bersama secawan nescafe o dikala hujan turun.... baca wassek kawan2 kl banjir kilat, shah alam cuma hujan renyai2 jer....
haaiiihhhhhh.. awat ada kuih ni lak pepagi ni, teringin la kak rose.. :P (walaupun baru pas melantak kuih bom + kopok leko pepagi tadi)
ReplyDeleteHi Kak Rose, I suka la ni lipat pandan durian.
ReplyDeleteWow! I have not eaten this agak2 30 years!
I tengok your this kueh, I think sepeluh no problems with me, ha ha ha.
I love that hijau colour.
Ok, sebelum I lupa, I already replied to your enquiry about those metal balls. Check it out.
Kak Rose, those bolas are very good to keep you young and energized. Bila tengok TV not holding hubby's hand, main tu metal bolas.
Kak Rose, I copy your tu beautiful roti jala and durian kuah, boleh? Ok, outang you teh tarek lambong tinggi....
I will display it bila not posting about sex or women or uluts, ha ha ha. Will credit you, of course...the kueh I mean.
By the way, I really love your sense of humour...buat saya meletup ketewa.
Have a nice day.
Lee.
Salam kak ros.. teringat kat kuih kat pasar malam.. tp pasar malam inti kastard.. dpt inti durian mesti lg sedap. sini dh xde jual durian.
ReplyDelete