Monday, February 4, 2013

Setelah tiga tahun....

 salam isnin kawan2 semua.... tu dia tajuk kan. mmg benar, setelah tiga tahun menunggu akhirnya berbuah jugak lah pisang yang kak rose tanam ditanah depan rumah yang sekangkang kera ni. nasib baik je sempat masak tanpa ada kera yang datang makan kan..... agaknya kalau peladang pisang yang punya, maunya dah lama kena tebang sbb lambat sangat nak berhasil kan...

 pokok yang besar dan tinggi melangit sampai lepas bumbung porch baru nak berbuah... sebenarnya kak rose tinggalkan rumah g duk sepital masa buat operation cts tu, bila balik tengok pokok ni dah nak keluar jantung, dan masa ni lepas sepuluh hari, dah ready nak kena buang jantung tu... baby pisang dah abes keluar, kata anak jiran sebelah!

 tiga bulan menunggu, peladang jaya ni dah ready nak menebang pisang yang dah mula masak sebiji, tp x de sapa nak g bawa belayar lah.... burung pun x makan. agaknya terlampau gemuk n besar2 pisang ni dan baju pun sangat terik, banyak yang pecah2 kulit dia... tu yang masak sebiji kat pokok lagi tu....

dah leraikan dan bagi2 pada jiran.... bak kata emak, kalau nak bagi sesuatu pada orang biarlah yang elok, so tinggallah 2 sikat yg banyak pecah2 baju sendat dia untuk tuan rumah.......

 x terabes nak makan. maklumlah pisang tu gemuk2 n besar, makan sebiji pun dah kenyang. bila dah ripe sangat, jadilah kek pisang ni.... guna 4 biji je pun. separuh dari kek ni goes to my jiran jugak. ada lagi belen 10 biji, nnti leh buat cekodok pulak.

ni lah kek  hasil dari pokok pisang yang telah jenuh menunggu nak berbuah tu. akhirnya dapat jugak makan pisang dari tanaman sendiri.  wah macam peladang jaya gitu! walaupun dengan hanya sebatang pokok pisang, tp ttp bangga you!

8 comments:

  1. best kan dapat menikmati pisang sendiri..kalau kat taman saya ni, besar sikit jer kena bungkus, kalo tak sure kena curik

    ReplyDelete
  2. noorma, jenuh menunggu baru dapat makan tanaman sendiri. ni dalam pagar x de la sapa nak curik...

    ReplyDelete
  3. wah mabeles lah dapat buat kek pisang, untung2 ramai leh rasa pisang tu

    tak rugi berbudi pada tanah

    ReplyDelete
  4. aduh..lama tak wat kek pisang...
    nampak sedap tu...terliur plak...

    ReplyDelete
  5. Wah!Seronoknya ada tanah nak bercucuk tanam. Jantung tu nak masak apa Ye?

    ReplyDelete
  6. Wah!Seronoknya ada tanah nak bercucuk tanam. Jantung tu nak masak apa Ye?

    ReplyDelete
  7. Assalam,

    Tahniah berjaya dgn usaha keringat, kesabaran menunggu yg membuahkan hasil yg lazat dan nimat kan...

    ReplyDelete
  8. Hahahha terbaeeekkk lah Kak Rose.. kalau saya dekat rumah kak rose mesti dah merasa jugak kan :D

    ReplyDelete