kak rose mmg suka sangat manisan ni, jawa la katakan.... berulang2 kak rose buat. kalau kat kampung kak rose masih ada jugak yg menyediakan manisan ni selepas selesai kenduri.... sambil gebang2 dan berkemas2 pinggan mangkuk lepas kenduri tuan rumah akan hidangkan manisan ni. makan ramai2 lagi la menambah kesedapannya.... tp kalau kak rose, sorang2 pun boleh makan dengan nikmatnya! mmg pebret la... bak kata Izah, nampak som-som mesti teringat kak rose. he he he
nak resepi, kak rose sharekan lagi kat sini.... resepi asal kak rose cnp dari rumah hana. mekasih ya.
Bahan-bahan
Cara-cara - 100 g tepung beras
- 100 g tepung jagung
- 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
- 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
- 1 sk garam atau secukup rasa
- sedikit pewarna hijau (opt) (ni kalau nak buat som som dengan perasa pandan..)
- SIRAP GULA MELAKA :-
- 500 g gula melaka
- 1000 ml air
- 2 helai daun pandan - disimpul
- Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
- Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
- Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
- Sajikan bersama sirap gula melaka.
assalamualaikum.. kak rose..
ReplyDeletememang sedap manisan ni.. makan ala2 makan taufu fah gak.. ada sirap gula melaka.. mmg syok je telan.. sangat2 layan lah..
Kalau kat kampung k.gee manisan ni kami panggil bubur sum sum... mmg sedap makan sejuk2... nyamn aje lalu kat tekak kan... ahai! terlior la pulak...
ReplyDeleteSaya pun suka. Dah lama juga tak buat bubur som-som ni. Dulu saya pernah ada pengalaman silap buat bubur som-som masa anak dara dulu. Saya tak boh santan, Mak saya gelak dan dia ejas balik. Akhirnya jadi juga...
ReplyDelete