Thursday, October 11, 2012

Homemade english scones


salam dan selamat pagi khamis.... balik dari briskwalk terus ngadap menda ni... tangan dah sakit pun masih x leh nak jauhkan diri dari komputer... bila banyak guna mouse n menaip mmg ada terasa x selesanya tp nak buat camner kan. cuma mmg dah x main game la.... padan muka kan!

nak entrykan scone yang kak rose buat petang semalam.... terpandang kat blog Ratna Juwita yang sangat vouge tu dan lepas tu disertakan resepinya... tu yang buat kak rose nak mencuba... tp kejadian memang jauh langit dengan bumi la kan... yang pasti rasa mmg umphhhh sampai encik somi nak buat bekpes pagi tadi! mekasihya  Ratna sharekan resepinya ya... kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya.


boleh dapat sekitaran 20 scones

1 biji granny smith apple,
50g butter lembut/masin,
90g gula halus,
400g tepung,
25g baking powder/2 sachets, (yg ni kak rose guna 1tsp)
 1 biji telur,
15 cl full cream milk/cream/buttermilk, (kak rose siap cari converter dari cl to ml 15cl=150ml)
sebiji kuning telur sebagai penyeri.



Kupas kulitnya apple dan hiris potong berbentuk kiub yang kecil cenonet saiz-nya. 
Ayak tepung bersama baking powder, 
masuk kan butter+gula kedalam adunan tepung tadi dan gaul adunan dengan jari jemari sehingga menjadi tekstur berderai umpama "pasir" 
dan tuang kan dengan susu+sebiji telur, 
tanpa berlengah campuri sekali potongan kiub bebuah apple, 
gaul secepat mungkin sehingga sebati dough adunan.
Diatas sehelai parchment kertas, leper kan dough menjadi sebidang anggaran 3cm tebalnya, alas tutup kan dengan sehelai lagi parchment paper dan sejuk kan didalam peti es selama satu jam...
Panas kan oven ketuhar suhu 220°C. 
Keluarkan dough adunan, alas tray dengan sehelai parchment paper, 
terap dough mengikut citarasa memasing 
sapu kan dataran scones dengan kuning telur yang bercampur dengan sedikit minyak masak begitu berkilat jadinya  
bakar lah scones selama 5 menit yang bersuhu 220°C dahulu, kemudian turun kan suhu 200°C untuk 5/7 menit  selebihnya sehingga cukup masaknya kuning ke'emasan.
VoilĂ !

12 comments:

  1. salam kak rose.. nampak sedaplah kak..

    bukankah scone memang begitu rupanya.. nampak dah sempurna sgt tu kak.. heee.. nnt nak cuba jugalah.. sy pun dah jatuh cinta dgn scone bila pertama kali mencuba scone yg letak oats tempohari.. tp scone ni sedap mkn panas2 kan kak rose.. terasa rangup bahagian luarnya.. dlmnya yg lembut mmg sesuai utk minum petang atau sarapan pagi..

    ReplyDelete
  2. Wah! kak rose baca jalan ceritanya nak buat scones sangatlah lemah gemalai dan penuh step by step... nampak gayo nya den tengok ajo lah gambar scones ni.. tak dayo nak mem buek nya.. susah amek :D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak rose...
    wahhh scone pepagi ni ye... kalau kat CH.. mmg bekfes scone ngan jem strawbery ni wajib.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Rose,

    iya yang benar... pepagi sudah digetarkan dengan entry yang ada terteranya nama penuh si-BintangJauh... Alhamdullilah, senang hati Ratna sekiranya scones ini menepati selera Kak Rose&suami..

    Seperkara lagi, scones empunya Kak Rose lebih jauh cantik moleknya dari Ratna karena Ratna punya ada yang tersenget-senget gitu dimana scones Kak Rose berbentuk bulat tinggi sekata, bravo!

    Salam manis semanis madu.

    p/s: gimana kesihatan tangannya Kak Rose? ada kah ada perubahan baik dengan ubat yang dipaparkan nan lalu..?

    ReplyDelete
  5. slm Kak Rose...

    dh ok dah tu kak rupa scone tu...walaupon Qh xpenah buat lg...tp biase mkn...mmg rupanya begitu...kalau cantik sgt..mcm xbest jugak kak...jnji sedap

    ReplyDelete
  6. MAdiha, mmg sedap. x rugi kak rose mencuba... cuma maybe lain kali kena lebih teliti... x la senget2 jadinya.

    ReplyDelete
  7. Yati, den pon terkial2 nak bueknyo. nasib baik menjadi wpun rupa sangatlah hazab!

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Nani,

    sedap makan dengan jem starberry... apa lagi masa panas2. nyum nyum

    ReplyDelete
  9. Ratna, terima kasih atas resepinya yg mudah, dapatlah kak rose mencuba dan merasa sedapnya homemade scones ni... selama ni tau makan jer!

    rasa kebas tu dah banyak kurang tp masih ttp ada dan selasa depan ialah the d day.... operation tu. doakan kak rose cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  10. Qh, sllu bli jer, rupanya x lah susah mana nak buatnya... tp bila dapat kat kak rose kejadiannya x secantik namanya dah!

    ReplyDelete
  11. Sakit kebas di tangan kah?
    Dah ramai kawan saya kena begitu. Rata-rata adalah kerana kita banyak gunakan tangan (buat kerja bertahun-tahun, kan?). Ada yang boleh pulih cepat, ada juga kes, kawan saya terpaksa operate urat di atas tangan.

    Saya sendiri sudah mula rasa kebas begitu, sebab bukan sahaja buat kerja rumah tetapi saya kerja menaip dan pegang mouse sudah lebih 20 tahun!

    ReplyDelete
  12. Azie, kak rose x keja tp ngadap komputer n pegang mouse ngalahkan keja pejabat yg 8 hingga 5 tu...

    kak rose ni dari bukak mata sampailah nak tutup mata baru off komputer... main game bagai x hengat. sudahnya nerve nak kena rearrange! dan nak operate selasa depan. takut!

    ReplyDelete