Monday, February 20, 2012

Apam marmar menyamar

pagi td ternampak apam marmar yg telah diputrikan oleh tun telani.... so biasalah mata dan tekak kak rose ni sangatlah jahat. x leh nampak, nak makan saja. mula tu pujuk hati dan sebetulnya malas nak buat tapi bila dah menjelang tengahari dah berkali2 tengok kat blog tun tu.... x leh jadi ni, kena buat jugak! dan inilah hasilnya.... apam marmar yang telah menyamar jadi putri ayu! terimakasih pada tun yang telah memberikan ilham memputrikan apam ni.... sangat lembut n gebus! terima kasih jugak buat CMG kerana share resepi ni....

Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan puteri ayu

  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan- tun guna santan kotak
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara2:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.
  6. (kak rose guan acuan putri ayu n kukus -+ 20 minits)

12 comments:

  1. pandainya apam ni menyamar..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe... pandai nyer tun menggoda ;p
    mmg sedap apam marmar ni kan. tun berulang2 buat nih. letak kelapa tu lg sedap jd nyer.

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak ros, mohon copy resepi ye

    ReplyDelete
  4. Anna, konon nak jadi puteri... tp ttp apam jugak!

    ReplyDelete
  5. tun, mmg sedap bila ada kelapa tu.... lemak2 masin. best!

    ReplyDelete
  6. Tina, silakan... selamat mencuba!

    ReplyDelete
  7. tu la tadi nampak kat umah tun, bestnya kalau ada enjin turbo cam kak rose, nampak je terus buat. huhuhuhu tidakkk

    ReplyDelete
  8. Sam, enjin turbo untuk nak melayan tekak yg jahat neh!

    ReplyDelete
  9. Kak Rose......olooooooo tomey tomey nye.......mmmm ayu pun mengapam mlm ni..apam yg malazzz muahahahaha...apam gandum je kak....xleh lawan apam akak yg pandai menyamar tu....:)

    ReplyDelete
  10. Ayu, apam malas pun x per janji sedap kan!

    ReplyDelete
  11. LYAfrina, sedap apam yg mengaku jd putri ni....

    ReplyDelete