salam semua.... ni kes x leh nampak kengkawan buat tayangan amal yang sangat menggoda..... semuanya nak makan.... pagi tadi nampak puding ni kat rumah Izah, rasa nak amik seketui je kat skrin tu...... biarpun bahan x menepati resepi asal, kak rose nak jugak mencubanya.... x de roti putih, kak rose gantikan dengan wholemeal bread... x jadilah talam ni putih melepak macam yg sifu2 tu buat.... tp rasa tetap ummmpph gitu. mekasih pada yg kongsikan resepi ni ya.....
resepinya kak rose cnp dari dapur Izah... terima kasih juga pada tuan resepi asal iaitu kak wan yang sudi kongsikan resepi talam ni...
TALAM ROTI LAPIS COKLAT
resepi : kak Wan
sumber: kak Yatie, kak Anim @ kak Ayu
Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
(kak rose guna wholemeal bread)
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji)
Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak
as-salam ka ros
ReplyDeletecantik dan menarik talam roti tu kak ros..mesti sedap kan kak talam tu..
uwaaa akak pun dah buat gak ya, mmng sedapkan talam roti lapis coklat ni..rasa teringin balik je bila tngk kuih akak yg cantik ni..
ReplyDeletewahhhhhhh...cepatnya sampai sini lak..
ReplyDeletebaru nmpk kat dapo ijah...
mas pun nak buat gak nnti..
ngendeng talam akak tu la..he3
wah bestnya, baru tadi tgk kat umah izah, nanti nak try lah jugak
ReplyDeleteady, x tahan tengok je... kena buat jugak ni..
ReplyDeleteYatie, yg sedap pasti akan ada ulang tayang kan...
ReplyDeleteMas, dapo ijah la yg menggoda kak rose... x de roti putih belasah je guna wholemeal bread!
ReplyDeleteTina, kak rose pun terguda dari rumah izah la ni...
ReplyDeletewahhh kak rose pakai enjin turbo ke ni..baru jer nampak kat dapur izah tadi dah sampai sini rupanya..cantikla nk kena seru ke Finland la pula ni:)
ReplyDeletekak rose..ni baru betul2 kata dikota. haha.. oo guna wholebread pun ok gak ye kak. ada ke yang rasa2 cam puding roti tu kak? comel2 kan buat dlm bekas gini.
ReplyDeletesalam kak rose...mmg nmpk menggoda talam tu..
ReplyDeletetak datang sinirindu kat kak rose,dah datang terliur pulak huhu
ReplyDeleteNieza, tekak tu yg nak kan enjin turbo... kena lah layan jugak!
ReplyDeleteizah, kaulah penggoda.... ha ha ha
ReplyDeleteguna wholemeal tu adalah rasa sket2 serat gandum tu... tp ttp mantop gitu!
liza... dah ramai yg terguda neh!
ReplyDeletesuri, kalau dah terliur kenalah layan jugak nampaknya... eh dah leh makan ke atau masih berpantang lg?
ReplyDeletesalam kak rose..tadi nampak talam ni kat dapur kak nieza finland..sekarang kat dapur akak lak..xleh jd ni...kena merajinkan diri ni
ReplyDeleteeina, selamat merajinkan diri ya. laju virus kueh talam ni tersebar!
ReplyDeleteKak Rose...sedapnya talam...suka makan kuih2 cam gini...besttt...:)
ReplyDelete