resepinya dari Makyong@Myr, mekasih ya. dulu kak rose penah buat dan jadi dengan cantiknya kat sini... suker hati! tp kali ni manyak sedeh la.....
Bahan-bahan ( 12-13 biji )
- 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
- 1 cawan tepung gandum
- gula
- minyak untuk menggoreng
- (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)
Cara-cara
- Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
- Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
- Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
- Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.
Ni masakan orang kelate nih.....zakiah tambah sedikit majerin untuk melembutkannya.....kalau adunan kak rose tu zakiah rasa dalam 1 sudu je....
ReplyDeleteSalam Rose, x pe x molek punn asalkan sedap.. :D
ReplyDeleteAeizakiah, tq for the tips, nnti len kali boleh cuba!
ReplyDeleteKakwan, malu rasanya bila kakwan tengok ni...tp rasa mmg best!
ReplyDeleteSalam wahai Kak Rose, jangan begitu bagi Ratna dauphine ubi keladi rupa-parasnya molek tidak ada kurangnya dan warna gorengan yang sedang-sedang elok perang ke'emasan, jangan sedih hingga kan mahu nanges ya Kak Rose!
ReplyDeleteSalam manis manis madu.
wahh kak Ros masak cik mek....teringinnya Nasya...teringat-ingat ngan air gula tu..naknya kalau makan panas2...emmmm sedapnya kak Ros..
ReplyDeleteSalam KakRose cayang. Kalau masyuk mulut molek sangat ler ni...hehe
ReplyDelete