Thursday, October 6, 2011
Pecal
selamat tengahari semua.... sebenarnya kak rose macam x leh tengok tayangan amal yang sangat2 menggoda tekak kejawaan ni.... rasa masa tu jugak nak ngap kat skrin kawan2.... dasat sungguh kan! memula tu ros jintan manis ada tayang, pas tu kat rumah Mama Hawa pulak... lagi la x tertahan godaan tu. x leh jadi ni kena cari bahan jugak.... so mana yg dapat je la, tp kak rose ada tambah tauge n tempe ----> jawakan, mana leh tinggal tempe tu! dan kuah tu pun kak rose bli yg dah siap, tinggal nak bancuh dengan air panas je. semua nak senang keja dan cepatlah dapat ngap...
kepada Ros dan Mama Hawa, izinkan kak rose sharekan resepinya kat sini ya...
Pecal@ Gado Gado
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( sayur pecal)
se-ikat Kangkung
se-ikat pucuk ubi (kak rose x letak)
sedikit kacang panjang
sedikit timun
4 ketul tahu goreng
sedikit jantung pisang ( ni takde pun takpe)- x letak
(kak rose tambah tauge n tempe)
Untuk kuah pecal
sedikit air asam jawa
sedikit gula
1 cawan kacang tanah
1/2 inci belacan ( yang telah di bakar)
4 biji bawang kecil
5 tangkai lada kering- kalau hendak pedas blh tambah
(kak rose x buat yg ni.... bli dah siap nyer!)
Cara-caranya
1. Timun dihiris halus, Panaskan air di dalam periuk dan celur, kangkung, pucuk ubi, kacang panjang,tauge dan jantung pisang, tos dan ketepikan. Jangan celur terlalu lama. goreng tauhu.
2. Buat Kuah Pecal, panaskan secawan minyak dan goreng kacang tanah, angkat dan ketepikan, selepas itu, goreng pula bawang kecil dan lada kering, dengan lesung batu tumbuk kacang tanah hingga agak lumat, kaup dan masukkan dalam bekas, kemudian tumbuk pula bawang merah, lada kering dan belacan. ( nak guna blender pun boleh).
3. Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam bekas dan campurkan dengan air asam jawa dan gula, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
4. Cara penyediaan, ambil kesemua sayur pecal dan curahkan kuah kacang di atasnya, gaul sebati, dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Assalamualaikum Kak Rose harap sihat ye...kak sy suka mcm pecal ni...kalau mmk mmg buat merah aje...ak pulak letak kuah byk2 pehhh sdp nya...ada pulak tempe, tauhu...eeee terliur pulak negok set pecal akk ni...
ReplyDeletefeberet saya ni...rasa lapar lah pulak..nak sikit...
ReplyDeletekak Ros ,pecal buat ros teringat pada mak dan ayah.Dia org suka sangat pecal.Kat klantan kita org tak makan pecal.So kalau dia org datang sini ros pastikan beli untuk dia org kat pasar malam.Lain kali boleh buat.
ReplyDeleteuit kak...ngences sungguh tgk pecal tu... tak leh jadi ni...nk ke pasar jap, carik barang....ta ti tu...nanti kita kasi ngences akak plak...hahaha
ReplyDeleteOhhh.. Pecal yang ada kangkung celur memang mengancam!
ReplyDeletekak rose..dr hari tu suri terliur pecal ni..rasa lepas kak erna tunjuk huhu..nk jd cerita ada sorang kawan jual kuah segera..punyalah beli banyak..sekali rasa mcm kacang mcm tak masak..frus betul...ni akak pulak tayang..harus suri kena belajar buat ni huhu
ReplyDeleteSheila, Alhamdullilah sihat je....cuma bila nak makan tu macam x leh tunggu esok lusa dah! tempe ggal lah!
ReplyDeletemas kitchen, jawa cam kak rose mmg suka... kuah dia yg ada cekur, wangi jer baunya.
ReplyDeleteros, kak rose penah bli kat pasar malam kat sini, tp mmg x menepati citarasa tekak ni... dalam tu cuma ada pucuk ubi, tauge n nangka yg hampir masak!
ReplyDeletenoorma, kak rose x ngences dah.... puas dapat makan berulang2
ReplyDeleteazie, buat sendiri mmg mengancam sangat! sedap!
ReplyDeletekesian suri. len kali buat sendiri baru puas ati kan...
ReplyDeleteni my faveret. kalau dapat 2 pinggan pun tak cukup
ReplyDeleteBetul tu Sam, kak rose pun melantak sampai 2 pinggan! puas sangat dapat makan ni!
ReplyDeleteassalam kak Rose, apa khabar? sedapnya tgk pecal ni..lama tak mkn..nak kena buat la nanti:)
ReplyDeleteNieza, sedap... sekarang kak rose gatal....allergic kuah kacang tu!
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletetadi baru je nampak pecal kat sini.. lepas apdet kat blog saja nak melawat rumah kengkawan.. kat rumah nani pun apdet pasal pecal gak hari ni. kebetulan lah.. eheheheh...