salam semua.... kesan balik kampung dan bercuti dari megupdate blog terus jadi malas sangat... nak bukak pun malas apa lagi dengan streamyx yg slow mengalahkan perlumbaan siput vavi tu.... entah kenapa jadi begitu lembab... berjanggut nak mengupload satu gambar pun! balik petang semalam terus bukak kelapa muda yang bawa dari kampung ni... gigih membelah kelapa sbb nak kan air dan isi yg fresh gitu. mmg sedap buat jelly dengan air kelapa muda yg fresh ni. resepi kak rose amik dari rumah nor secubit garam dan pernah jugak kak rose buat dulu kat sini... terima kasih ya nor sharekan resepi yg best sangat nih dan kak rose copykan kat sini lak ya...
Jelly Kelapa
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
dari 3 biji kelapa, kak rose cuma dapat 1.5 liter je airnya, jd kak rose buat separuh je dari adunan ni -----> menggunakan sepenuhnya air kelapa, best!
tun suka sgt jelly kelapa! tp susah nk cari kelapa muda.. kalau kt kg tu, pokok kelapa punya la byk, tp xde org nk mengait, tinggi sangat..
ReplyDeleteps: internet umah tun pun mcm slow semacam je, pastu kalau buka byk2 page, terus hang laptop.. adoii..
lama rasanya tk mengomen kat dapur k.rose ni.. dan lama gak tak buat jelly kelapa.. mekasih k.rose sudi cuba lagi dan lagi jelly kelapa tu :)
ReplyDeleteas salam... nani datang nak makan jelly.. nyum nyum.. sedapnye jelly kelapa ni.. senang je nak wat.. tapi susah bagi yg malas.. yg tau makan je cam nani ni.. kekekeke..
ReplyDeletekak ros hari ni kat P.heights ni agak panas.ada lagi ke yang dalam peti punya.Mintak semangkuk.
ReplyDeleteEmmmm...jelly kelapa...sedapnya....:D
ReplyDeletetun, kat kg mmg banyak kelapa muda... tinggal rajin ngan idak je nak ngambiknya... balik tu singgah kat R&R Dengkil makan sate ngan air kelapa muda... mak ai... sebiji kelapa yg isinya dah keras boleh parut amik santan pun rm3.60...
ReplyDeletemmg dah beberapa hari ni intenet slow sangat... sama la kalau bukak banyak windows terus hang! garu kepala x gatal dibuatnya!
Nor, tq singgah n tinggal jejak... n tq banyak2 resepi jelly kelapa ni. sedap banget!
ReplyDeleteNani, mmg senang nak wat asalkan ada air kelapa tu kan...
ReplyDeleteRos, ada sikit lg ni... sbb dah bagi kat jiran2...
ReplyDeletecik cek, sedap. tu yg buat lg dan lagi dan lagi...
ReplyDeleteSalam Kak Rose, secara kebetulan hari Sabtu Ratna beli satu biji buah kelapa .. kelapa tuek! Saiz-nya ada lah sebesar buah mangga datang dari Ivory Coast, intai2 blog Kak Rose, la ..... pasal kelapa lagi tapi empunya Kak Rose kelapa muda manis gitu!
ReplyDeleteKempunan lagi dan lagi ... adore dengan barisan bekas-pot berisikan jelly juga hirisan isi kelapa, sejuk mata memandang!
Salam manis manis madu.
assalam kak rose..sy sgt suka dgn suma resepi kak rose..sbb mudah utk disediakan!:)
ReplyDelete