Friday, September 23, 2011

Cream puff

Salam hari jumaat yang mulia kepada semua..... hari ini ada satu menu baru kak rose cuba nak buat setelah gagal pada percubaan kali pertama dulu... takut lak nak cuba lagi. tapi dengan adanya tunjuk ajar dan gambar step by step yang ditunjukkan oleh ita diblog MasamManis tu, kak rose gagahkan diri nak mencuba sekali lagi..... dan dengan bismillahhirohmanirohim mudah2an kali ni berjaya lah hendaknya.




kak rose ni jenis malas nak salin resepi bawak kedapur jadi berulang kalilah asik kedepan pc.... baca sekali, bila kedapur dah lupa lagi... adeiiii!!!! setelah berkali2 akhirnya jadi jugak adunan tu dan cepat2 masuk dalam bekas plastik yang dah siap pasangkan nozle munger2..... dan bila picit tu.... alamak panas pulak dan munga jadi macam selonggok gitu..... x de langsung rupa munger.... kutip dan masukkan sekali lagi, dan akhirnya jadilah munga selonggok ni.. dah siap tu terus masuk dalam oven dan g semula ke pc.... adoiiiii sekali lagi terlupa nak spray air pada permukaan puff..... so akhirnya spray je masa dah dalam oven! ampun ita n yani, maklumlah baru nak blaja!
meh tengok resepinya yang kak rose copy dari rumah Azlita Masam Manis, terima kasih bebanyak ya ita dengan segala tunjuk ajarnya dan izinkan kak rose sharekan resepinya kat sini pulak..

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.



CREAM CUSTARD
by :Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

32 comments:

  1. cantik je munga tu.... kak ita pun wat gak ari ni... kita pun nak cuba lah

    ReplyDelete
  2. waaa........ cantik! tun dh lama x wat cream puff nih.. plan nk wat gak, tp termalas pulak. hihi.. tunggu vitamin R dtg dulu.

    ReplyDelete
  3. Salam K.Rose..percubaan yg sgt berbaloi..cantik bolat2 cream puff nya...

    ReplyDelete
  4. cantik la kejadian cream puff tu...suke tgk ade alur berbentuk.....kalau kite buat...selalu jadi bulat n bengkak2

    ReplyDelete
  5. mak aiii cantik nyer cream puff kak rose.....geram nasya tengok..sayang lak nak makan kalau dah cantik2 cam gini...

    ReplyDelete
  6. cream puff ni mmg sedap.. anak2 pun suka.. lama tak buat.. kali terakhir buat masa bulan puasa tahun lepas.. hehe..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak...waahhhh..sedapnyer..Tun pernah try resipi Yani ni..Sedapkan kak.. :)

    ReplyDelete
  8. kakkkkk... cantiknya..munga-munga.. sukanya...

    sedap kan kak.. lembut dan gebu aje..
    ita kena buat lagi ni anak ita dah minta buatkan lagi.. hihi tak puas makan..

    ReplyDelete
  9. as-salam kak rose
    cantik cream puff kak rose..comel2 cream puff tu..lagi sedap kalau cream custard tu cream durian..

    ReplyDelete
  10. Nazrah, terguda oleh ita punyala ni terus rasa nak buat jugak!

    ReplyDelete
  11. tun, ni percubaan kak rose yg menjadi wpun ada error disana sini.... meh kak rose tiupkan vit R kat tun ya!

    ReplyDelete
  12. atie, suka sangat bile tengok kejadiannya tu....alhamdullilah!

    ReplyDelete
  13. Mamasyaza, cuba jangan x cuba... leh tengok kat blog ita untuk step by stepnya

    ReplyDelete
  14. chikadakbiru, itu pun terketar2 tangan nak mengepamnya... maklumlah 1st time!

    ReplyDelete
  15. nasya, kalau tengok kat blog ita lg terpegun... tu yg buat kak rose gagah nak mencuba!

    ReplyDelete
  16. Ratna, kalau anak2 dah suka tentu mamanya pun rajin nak wat kan...

    ReplyDelete
  17. Rabiatun, selalu resepi Yani ni x mengeciwakan... sedap lak tu!

    ReplyDelete
  18. Ita, mekasih pada cikgu ita yg bagi tunjuk step by step tu... tu yg berani nak mencuba dan cantik kejadian mungernya!

    mmg sedap, lembut n gebu. patut pun kalau anak2 nak lagi dan mamanya pun rajin nak watkan.

    ReplyDelete
  19. ady, len kali leh try dengan cream durian pulak...

    ReplyDelete
  20. kak Roooossseeee...panggil alal2 upin ipin gitu..
    huhu..sedapnya, lama tak mkn kak..buatnya tak pernh..susah tak?

    ReplyDelete
  21. Salam KakRose cayang...! Walaaa... cantik nya kejadian nya...!

    ReplyDelete
  22. kak rose..seb baik suri baru makan masa jamuan raya kt tempat kerja ari tu,,kalau tak sah terliur..crempuff yang cntik2 tu..

    ReplyDelete
  23. Sedapnye nmpak~ huhu teringin..dh la tgh mengidam ni~~

    ReplyDelete
  24. Anna, x susah manapun bila ada tunjuk ajar step by step tu.... betu betul betul.... macam upin n ipin gak...

    ReplyDelete
  25. kasih, creampuff hasil keras tangan kak rose!

    ReplyDelete
  26. Alonggggg, suker sangat tengok hasilnya...mula tu berdebar gak!

    ReplyDelete
  27. suri, sllu nak makan g bli je, tp bila ada cara ita tunjuk step by step tu teringin lak nak mencuba... nnti suri leh g tengok kat blig ita cara2 dia n cuba ya!

    ReplyDelete
  28. aesh came... kalau rajin leh la mencuba...jgn biar mengidam tu, nnti menjejeh air liur pulak!

    ReplyDelete
  29. teringin nak rasa, teringin nak buat....tapi mcm susah....utk org bujang seperti saya...eheheh (alasan)... betul ni, memang susah, kalau nak buat mungkin sabtu ahad...kalau hari biasa, mcm penat keje...(walaupun bukan kerja buruh kasar)... ari tu buat apam snow tu pun tak jadik2 (dah 2 kali percubaan)...

    ReplyDelete
  30. Kak rose terlupa tepung la.....zakiah tercari-cari tang bila nak masukkan tepung.....

    ReplyDelete