dessert untuk iftar ke 6..... pernah buat dulu dan nak merasa dessert yg simple n sedap nih. nyaman rasa dapat bukak posa dengan puding yg sejuk cenggini. dan merasmikan gelas comei2 ni yg kak rose bli masa g soping2 kat Penang ari tu..... waaaa jauh gelas tu mari taw.... Living Quarters di Gurney Plaza.... tp kalau kawan2 nak bli kat Parkson pun ada... label Ocean. cantik kan, to me la yg x mampu nak bli yg cantik n glam2 gitu.... ni pun dah syukur Alhamdullilah..... yg penting isi dalam tu sedapkan?
resepi puding ni kak rose penah tepek dulu kat sini..... tp x pe kak rose cnp sekali lagi kat sini untuk rujukan lain2 masa.... mekasih pada Dayang Jack n Nor secubit garam kerana resepi nih....
PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air.
Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat.
Kacau sebati dgn api perlahan.
Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega.
Sebatikan. Tutupkan api.
Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk.
Kacau hingga tepung larut.
Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat.
Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi.
Sejukkan terlebih dahulu.
Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.
** satu adunan ni kak rose dapat 10 gelas comei2 ni...
luqman pun dah order dessert ni dua tiga hari lepas.. bila la nak buat nih
ReplyDeleteNor, sedap sangat! makan satu gelas comei ni rasa x cukup laks! tp x pe ada lagi... ari ni leh sambung!
ReplyDeletepagi kak rose... saya ni asik dok bookmark aje puding2 cekelat ni... memang teringin sgt nak makan tapi x berapa rajin lagi nak buat.. :)
ReplyDeleteRose, nampak orang tayang, semua nak buat nih...adeehh x terkejor leerrr...cuti2 jek boleh beriya sikit, tu pun x larat gak laa..nak penuhi permintaan...hehee
ReplyDeletesedapnyer kak Rose, sure anak2 saya suka ni...
ReplyDeleteaduh, sedapnyer! dpt mkn peding sejuk2 time buka puasa mmg besh!
ReplyDeletekak rose.....assalamualaikumwbh kak.....adoyai...x tekejar nak wat byk ngat resepi hebat2 ni.....hmmm...selamat berbuka kak...terliur tgok puding tu ngan sos coklat...dah 5 kali ayu duk toooolan air liur nih....ngee!!!
ReplyDeleteCheq Sue... sila lah merajin2 kan diri ya... x rugi mencuba. sedap!
ReplyDeleteUmmi, kak rose pun cam tu gak... x leh nampak orang buat tayangan amal, semuanya nak!
ReplyDeleteNoorma, kalau anak suka tentu sekali mamanya rajin buat kan?
ReplyDeletetun, mmg nyaman je bila masuk molot!
ReplyDeleteWaalaikum salam Ayu, kak rose buat yg senang2 jer... dan bahan pun yg mudah ada dirumah...
ReplyDelete