resepi kak rose cnp dari Myr oleh tulip77.... dulu penah buat guna resepi yg ni jugak. mekasih ya share resepi ni... dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...
Bahan-bahan
- 2 cawan beras pulut
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (dikisar)
- 1 st air kapur (kak rose x letak)
- 1/2 st garam
- beberapa titik pewarna hijau
- kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
- *** air gula ***
- 3 ketul gula melaka
- 5 sb gula
- 3 cawan air
Cara-cara
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.(kak rose guna acuan goreng telo!)
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
- *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
Salam Kak Rose wah rajinnyer melopis... SK suker kuih2 ni.. tapi erma lak x pandai nak wat.. ni usha2 dapo akak.. mana tau berjangkit he he he sedap nampak.. kalau wat sendiri memang puashati makan...
ReplyDeleteSalam ramadhan kak ros.Kita pun cadang nak buat lopez ni. nanti kita cnp ya.
ReplyDeleteSedapnya. bila le saya nak cuba ni?
ReplyDeletesedapnye..sepanjang pose ni xpenah lg beli lopes ni.nak cari la ptg ni.
ReplyDeletesedapnya berbuka pose dngn kuih lopes ni..rasa mcm nak buat je ni...
ReplyDeletehuhu frustnye tengok org lain buat cun jer..
ReplyDeleteErma, nak makan kena rajin ler.... dah usha2 tu nnti buat ya...
ReplyDeleteRos, silakan2...
ReplyDeleteSam, kak rose ni nampak orang tayang je terasa nak makan dah! tu yg kena buat jugak tu!
ReplyDeleteKK, resepi dah ada tu, sila la mencuba.... lagi puas ati kalau buat sendirik!
ReplyDeleteYatie, buat jangan x buat... hamka pasti suker dengan kale hijau ni... he he he
ReplyDeleteNor, dengan tips yg nor beri tu ni la kejadiannya... alhamdullilah puas ati. cantik n sedap!
ReplyDelete