Sunday, August 14, 2011

Keropok lekor

bila teringin nak makan keropok lekor..... tu la masa posa ni tekak sangatlah mengada2.... macam2 nak nya jadi kenalah merajinkan diri mengejut pakcik google soh carikan resepi keropok lekor yang mudah menyediakannya.... betapa mudahnya.... yg dulunya kita x pernah jangkakan kini dah boleh buat sendiri dengan bantuan n tunjuk ajar dari kawan2 yg x kedekut nak share resepi.... walaupun secara yang sangat basic... x pe la kan asalkan dapat makan dan hilanglah kempunan nak makan sbb nak g terengganu tu jauhlah sangat hanya nak makan kopok losong tu!

resepi kopok lekor ni cik google tu carikan kat Myr oleh 14sept aka jiya... mekasih ya walaupun kejadian kopok kak rose ni sangatlah hazab! tp sangat sedap sbb banyak ikan n kak rose kurangkan pengunaan tepung tu.... pada sapa2 yg nak tengok kejadian keropok yg cantek2 dan gambar step by step g la jenguk kat link yg kak rose bagi tu ya....

Bahan-bahan ( - )
  • 1kg ikan selayang/ kembung
  • 5-10 ulas bawang putih
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

dapat gak makan kopok lekor buatan sendiri wpun rupanya sangatlah hazab gitu!

8 comments:

  1. sedap kan keropok lekor buat sendiri...shida pun dah biasa wat sendiri..guna ikan selayang lagi sedap banding ikan kembung

    ReplyDelete
  2. guna ikan selayang lagi sedap kan kak...
    comel je keropok akak..suka

    ReplyDelete
  3. Salam wahai Kak Rose, tersenyum-senyum sendirian lansong nya Ratna pabila membaca cara2 menyediakan keropok lekor Kak Rose tu seperti "hempaskan ...". Berbuka puasa dengan keropok lekor buatan sendiri pasti super yummy ya Kak Rose, kalu gitu Ratna juga ingin mencubanya nanti, nampak gaya cara sediakan begitu senang dan tidak remeh.

    Kak Rose kata kejadian keropok sangat-lah hazab! bagi Ratna menjadi cantik sekali, terimakasih segunung tinggi wahai Kak Rose dengan memaparkan resepi ini walau pun Kak Rose berkata dibulan puasa ni "tekak tersangat lah mengada-ngada" namun bagi Ratna, Kak Rose bikin sendiri jadinya tidak mengada-ngada cuma kempunan trigin gitu.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  4. Woah, ni resepi mane pulok wak kepok guna tepung gandum ni? Siap paka baking powder tu! Confirm gemok kepok mu! Ha ha... Orang wak kepok paka ikan, sagu dengan garam je! Dok payoh paka minyok, dalam periuk tu dok lekat nyer. Getel kepok paka sagu je, dok lekat nyer kepok tu!!

    ReplyDelete
  5. Keropok Lekor dan keping kini di Sungai Buloh Selangor. sila klik di http://laziskeropokganu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. nak rase kopok besar n panjang saya x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii nk mlucah ke hape ? Bengong

      Delete
  7. Eeee byknya tepung kak. Dh la isi ikan skilo je. Tpung ubi saje dh sekilo, pstu tmbah lg tpung gndum 2 cwan. Tenggelam la rasa ikannya

    ReplyDelete