Monday, August 22, 2011

Cornflake madu

pagi ni kak rose ada sikit rajin nak wak sekut raya.... yg senang2 jer pun.... mula tu buh dalam cup yg kecik2 tu tp nampak macam seciput sangat isinya... jd kak rose tuko pd cup yg beso sikit... pasti nnti kalau dapat makan mesti cepat je kenyang... sbb isi pun dah selambak! kak rose tengok kawan2 yg buat ada isi macam2 dalam cornflakes tu, tp kak rose cuma letak kismis hitam dan kalerful chocolate rice....mekasih ya umi-e sbb share resepi mudah ni dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini....

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  4. aduk sampai rata
  5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

satu adunan dapat 2 balang ni.... x cukup sbb nak bawak balik kg lg. petang ni kena buat lagi lah. buat satu adunan jer sbb nak cepat g soping busu nyer barang yg nak daftar u lepas raya nnti.... banyak no barang nak kena sediakan!..... kopak lagi poket mama tp alhamdullilah semua dah lengkap tinggal tunggu hari nak g jer.... semuga busu berjaya!

8 comments:

  1. aslmkm kak..sekut yg plg senang & plg mudah "jual" kat tetamu..hehe
    balik kg mana kak?

    ReplyDelete
  2. kak rose.. biskut ni xleh wat asal2, mmg kejap je adik2 tun duk meratah nnti.. hehe

    ReplyDelete
  3. mudah je nk wt..tp x terbuat2 pn..huhu..

    **i follow u sis

    ReplyDelete
  4. ini klu dapat kat mas...
    sebalang boleh habis ni..he3

    ReplyDelete
  5. Anna, mmg pun... dapat kat anak sebalang ni kejap jer dah selamat!

    ReplyDelete
  6. tun, kalau cam tu mlm raya baru leh buat la... he he he

    ReplyDelete
  7. ayunalisa... yg mudah2 tu la kadang2 jd susah nak wat.... x sampai seru lg kot!

    tq follow me... nnti kak rose ikut u pulak ya..

    ReplyDelete
  8. Mas, sambil ngadap tv mmg x sedar abes sebalang.

    ReplyDelete