Tuesday, August 16, 2011

Ayam masak merah

memenuhi permintaan anak yg nak makan nasi dengan ayam masak merah.... offer nak buatkan nasi minyak tp dia x nak... nak makan dengan nasi putih jer... ok la lagi senang keja mamanya kan... resepi daei Myr oleh choppy... simple n nice, terima kasih ya dan kak rose nak tepek kat sini lak...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.


3 comments:

  1. kak rose
    dulu2 ayam masak merah ni saya suka makan dgn nasi minyak :)

    ReplyDelete
  2. Kak ROSE, saya pun dah buat menu ni. Bezanya, saya tak boh tomato potong kecil-kecil tu. Saya boh tomato sos terus. hehehehe kes orang malas saya ni.

    Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

    ReplyDelete