Wednesday, May 11, 2011

Tauhu goreng + sambal udang kering

lauk sampingan lunch semalam.... nak jugak tepek kat sini walau dah tinggal bekas jer... bak kata tuan punya resepi ni, lauk yg simple tapi menyelerakan.... pada yg suka tauhu macam kak rose ni la. ada jugak kan orang x suka makan tauhu ni..... issshhh rugi bebeno rasanya.

resepi kak rose cnp dari Myr oleh nOOrsha, terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak untuk rujukan dilain kali...

Bahan-bahan ( - )
  • 4 keping tauhu - potong empat
  • 15 tangkai cili kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • segenggam udang kering - rendam seketika
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • sedikit garam jika perlu
  • sedikit gula jika perlu

Cara-cara

  1. Goreng tauhu hingga kekuningan. Jangan terlalu lama, bimbang tauhu rasa agak 'kering' bila dimakan.
  2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  3. Tumiskan bahan² yang telah dikisar hingga garing.
  4. Setelah garing, masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan kicap pekat. Kacau lagi.
  5. Rasa dahulu. Jika tak cukup masin @ manis, tambah garan dan gula mengikut citarasa.
  6. Taburkan @ Gaulkan sambal keatas tauhu tadi.... selamat mencuba :)

18 comments:

  1. Salam kak rose
    lama pulak x masak sambal tahu negok akak punya menyelerakan le lauk ni...

    ReplyDelete
  2. sheila, lauk simple kerana kemalasan yg melanda!

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum kak rose

    sambal tu nampak mengancam, kompom sedap ni kak ditambah ada tauhu lagi...sedapnya kalau dapat buat ni. harap2 angin rajin adalah harini :D

    ReplyDelete
  4. saya suka lauk ni..mmg best...selalunya makan cam tu jer..(biasalah..saya kan tak makan nasi..hehehe)

    ReplyDelete
  5. wahhh... cantik je kaler merah sambal kak rose. terliur tun tgk.

    ReplyDelete
  6. Sedap gak resepi hari ya Kak Rose. Sempoi nak buat. Apa2 pun Tq follow saya. Saya pun follow gak.

    ReplyDelete
  7. CT, makan ngan nasik panas2... x yah lauk lain dah!

    ReplyDelete
  8. Noorma, masih continue x makan nasik ya... wah! tabik spring la cenggini!

    ReplyDelete
  9. tun, nak tambah pedas tu yg buh 2 biji ciliapi... kasi kaw lagik!

    ReplyDelete
  10. Nieda, mekasih ya follow kak rose..

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Rose...

    lamanya tak makan menu masak cam gini...bila tgk teringinla pulak...sedapnya....:)

    ReplyDelete
  12. wahhh sedapnyaa kak rose... terima kasih sudi berkunjung hanis dah folo dah... tak sabar nak explore resipi yang superb2 semua ni..i likeee

    ReplyDelete
  13. Salam K.Rose...atie lah peminat tauhu sambal camni...dah xyah lauk lain!

    ReplyDelete
  14. cik cek... masak yg simple2 tp menyelerakan!

    ReplyDelete
  15. Hanis, tq jugak sudi datang sini... masak besa2 jer.

    ReplyDelete
  16. atie, kak rose pun suka tauhu... kadang2 tu cicah sambal kicap jawa tu pun ok dah!

    ReplyDelete
  17. wah bestnya...
    saya suka sambal.
    sambal apa2 pun semua boleh layan.

    ReplyDelete
  18. kasih, kadang2 yg simple tu lagi menyelerakan...

    ReplyDelete