Monday, May 9, 2011

Penyejuk tekak...

nyaman banget dapat minum ni...

panas kan cuaca sekarang ni.... dan dah berhari2 nak kan minuman yg menyejukkan tekak ni... ngalahkan orang mengidam pulak! so pas masak td terus buat cendol ni.... jom layan tekak dengan cendol penghilang dahaga.... x cukup segelas, mau perut kembung dek cendol laks!

resepi penah tepek dulu kat sini... mekasih pada tuan punya resepi cendol ni ena-zarina yg lama menyepi....sapa2 nak cuba buat tu meh kita tengok resepinya... leh tutup mamak tepi jalan tu kang....

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras (kak rose guna tepung jagung)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. (kak rose buh ketulan ais)
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

22 comments:

  1. kak rosssse...menciiii tau...naper time2 mcm ni kak rose menggoda diriku ini...mana nak cari ni...sedapnyaaa....

    ReplyDelete
  2. kak rose...nak nangis saye tengok cendol tu...
    mmg kesukaan saye sangat2 cendol ni...

    kat mane umah kak rose ni..nak dtg ambik cendol tu...

    ReplyDelete
  3. sedapkan minum time panas2
    saya selalunya beli je...hik2

    ReplyDelete
  4. Salam Kak rose....ermm cuca panas ni nampak pulak cendol tu,tergoda,nk sikit...mama selalu beli je..rajin k.rose buat...nanti mama nk cuba jugalah.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Kak Rose...cek nak segelas...wah! leganya....:)

    ReplyDelete
  6. Waaaaaaahh ngenceeesss tgk air cendol k.Rose nih...adeeii dah la cuaca mmg panas skrg nih...sedapnya masuk ke tekak...

    ReplyDelete
  7. arini panas betol. nk minum air cendol gakkkk!!!! smlm beli cendol, sgt mengecewakan, x sedap lgsung.. sob sob...
    ps: tun x reti sgt laa wat cendol. aritu wat x cukup msk kot. lama2 dia mencair dlm ait tuh. huhu

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Rose, buat kan Ratna rasa kempunan dan mengidam lagi. Disini pulak bukan penyejuk tekak tapi penyejuk mata memandang tengok kerana level santan kelapa dan syrup gula melaka sedang2 elok sahaja.

    Jika Ratna berjiran dekat dengan Kak Rose pasti murah rezeki lah Ratna ya ....

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  9. Izan, susah2 cari wat sendirik jer! puas ati.

    ReplyDelete
  10. ainnoraini.... jg nanes ya... kak rose nyer dah abes,tp gerai mamak banyak ada kan...

    ReplyDelete
  11. kasih, bli x sama cam kita buat sendiri taw... boleh ulang2

    ReplyDelete
  12. norsafone... cuba lah... senang je kan

    ReplyDelete
  13. Ummi, mmg lega sangat dapat minum yg sejuk taim panas2 nih!

    ReplyDelete
  14. cik cek... tinggal gelas je... isi dah x de!

    ReplyDelete
  15. Mas... sejuk n nyaman.... x cukup segelas tu!

    ReplyDelete
  16. tun, kena kacau lama sket kot... sampai meletup2 gitu... tu cara kak rose ler.

    ReplyDelete
  17. Salam kembali Ratna, jadi le dapat menyejukkan mata untuk hilang kempunan... nak minum yg sejuk2 pun cuaca kat sana dah sedia sejuk kan...

    ya kita berjiran dialam maya... so far, yet so near dihati!

    ReplyDelete
  18. ting tong..mlm ni panassgt..bak segelas....

    ReplyDelete
  19. Anna, gelas je boleh? x pe kak rose isikan ngan sky juice. ok x?

    ReplyDelete
  20. Kak Rose... ooooo kak Rose..

    Datang nak penyejuk tekak tu ha..Panas membara ni walaupun dah malam hari..

    ReplyDelete
  21. wahhh sejuk!! nak segelas, ais kurang ya.. manis pun kurang :)

    ReplyDelete