Thursday, May 5, 2011

Ayam phat phet

ayam lagi.... kali ni phat phet lak.... nasib baik je bukan pot pet kan... resepi yang simple n sedap untuk tengahari tadi. masa tengah masak tadi dah terbau keharuman serai dan daun limau purut tu... resepinya selongkar di Myr lagi.... banyak resepi yg sedap2 kat situ untuk dicuba... kena rajin mengexplore jer... macam2 resepi ada! meh kita tengok resepinya.... terimakasih cik widad.

Bahan-bahan ( 2 orang makan )
  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi (kalau nak pedas leh tambah lagi....)
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

15 comments:

  1. huhu sedapnya... nk buat lah jugak nanti

    ReplyDelete
  2. Mek Norfa... x rugi mencuba... senang n sedap!

    ReplyDelete
  3. memang terliur betul tengok ayam phat phet ni,....

    ReplyDelete
  4. mmg sedap ayam phat phet nih. tun pun dh try =)

    ReplyDelete
  5. bluk bluk.. telan air liur dah ni

    ReplyDelete
  6. cam ala-ala rendang pun ada eh!

    ReplyDelete
  7. Mas, nasib baik jumpa resepi ni... dah x tau nak masak apa dah!

    ReplyDelete
  8. fuzidss... ciannya... meh nak makan. ada lagi nih!

    ReplyDelete
  9. eliyaezlinalias... macam paprik pun ada gak.... mungkin sbb daun limau purut tu kot!

    ReplyDelete
  10. ohhhhhh best gilerrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  11. Dh lama cari resepi aym masak phaphet ni..huhu

    ReplyDelete
  12. Sedappp sangatt phat phet nii..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete