dah dapat lah kak rose melepaskan kerinduan nak makan lepat ni.... teringat kalau kat kg dulu2 ada je kuih ni. kalau ada anak kat rumah lagi katanya mama ni macam orang zaman jepun, suka makan ubi... tu la anak zaman sekarang kan....
Bahan-bahan:
Sumber: Bro Rozzan
600gm ubi kayu parut
120gm kelapa parut putih
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya
Bahan2 air gula:
100gm gula melaka
220ml air
100gm gula pasir
cara:
- masak semua bahan air gula sehingga gula larut
- angkat dan biarkan sejuk
- letakkan ubi parut ke dalam kain maskulin dan perahkan kanjinya ke dalam mangkuk
- biarkan sekejap
- selepas itu campurkan ubi parut dengan kanjinya tadi dan gaulkan dengan air gula, santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati
- ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong kecil
- letakkan 2-3 sudu makan adunan ubi parut tadi dan lipatkan kiri dan kanan
- lakukan sehingga habis dan kukuskan selama 30 min atau sehingga masak
sarapan pagi ni.... 2 ketul sekali ngap dengan susu nestle omega.... boleh kenyang sampai petang! caya ke ni? (lupakan oat buat ari ni...)
kak rose, rajinnya pepagi wat lepat ubi...nak 6 ketoii...
ReplyDeletesedapnya kak rose nampak lepat tu?kalau campur quaker oat cedap tak kak..hehe.lama tak makan.agaknya masa kecik dulu je kot makan lepat ni
ReplyDeleteKak Rose,
ReplyDeleteI dah lama nak mkn lepat ubi, nak buat takut takde geng nak mkn plak :( Lempar ajalah seketol, 2 akak punya dkt sini....hehehez
mas, kemaruk nak makan punya pasal kenalah buat sendirik!
ReplyDeleteizah, x taula pulak rasa camner.... tp ni pun sbb nak lupakan oat tu kejap.
ReplyDeleteAnie, kak rose pun x de gang nak makan, jd buat pun ckt jer... cukup buat lepas kempunan!
ReplyDeleteKak rose, sedapnya lepat tu. sy suka lepat ubi ni tapi tak pernah buat sebab anak2 tak suka makan
ReplyDeleteyala Aidah, kuih2 cam ni kenapa anak2 x suka makan... asal ubu je anak kak rose kata kuih zaman jepun
ReplyDelete