Thursday, August 12, 2010

Rich choc pudding

salam dan selamat petang..... dah masak ke untuk bukak posa petang ni?.... jom ari ni akk rose buat rich choc pudding ni untuk juadah petang ni..... bila posa ni kan macam2 teringin nak makan... terutama yang sejuk2 gitu.... kenalah layan tekak ni kan sebab bahan pun ada jadi buatlah.... resepinya kak rose amik kat Myr... timakasih junjs11 kerana resepinya dan Alhamdullilah Myr boleh bukak dengan senangnya pagi ni... jadi kak rose pun copy dan tepek kat sini ya.... macih sekali lagi....(menjelang petang nak bukak dah x leh lak .... jammed kot.. so x dapat link lah)

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

dulu dah pernah buat.... sedap dan soooo chocolatey

2 comments:

  1. cantik dan kemasnya pudding ni..myr dah boleh bukak ya!..alhamdulillah..senang sikit bulan2 posa ni kan kak.

    ReplyDelete
  2. sally, malu akak sbb punyalah susah nak kuorkan dari acuan tu... dah ikut petua junjs1 tu tp x jadi gak...Myr petang2 jammed kot kalu pagi ok lagi.

    ReplyDelete