Friday, July 2, 2010

Siew pak choy in oyster sauce

salam hari jumaat semuanya..... akceli dah tak tahu nak masak apa untuk menu nak kurus ni kononnya... dah makan segala macam sayur... tapi selalu rebus2 jer... kali ni wat lain sikit.... bagi nama omputeh (ikut resepi hana... dia yg kasi nama tu ya) biar bila makan tu terasa macam omputeh!.... tapi jawa ni mana nak dihilangkan, ya tak? sedap jugak makan cenggini.... selalu buat dengan brokoli kali ni pak choy ni pulak. masak pun senang.... celur, potong susun dan siapkan kuah.... dah ready untuk dingap.....hana kak rose jalok ijin nak cnp resepinya ya....


Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy (kak rose guna 3 stalk)
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah - hana x ltk sbb dh pekat
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

sedap dimakan ..... walaupun tanpa nasik.

ni menu lunch tadi..... ikan jenahak goreng dengan pecal. mmmm sedapnya terutama kuahnya tu.....(kuah kacang tu carbo tinggi ke? main belasah jer...... asalkan sedap ditekak semua nak dilantak! patut pun diet selalu kantoi....)

2 comments:

  1. salam kak rose...sy dh pi blog yg kak rose btau tu. really unbelievable!!! tp mmg betullah kak, b4 u start any diet, paling penting sekali disiplin!!

    ReplyDelete
  2. betul tu ain, disiplin dan kena bersedia mental n fizikal... jom stat sekarang!

    ReplyDelete