Tuesday, June 29, 2010

Puding roti berkismis

salam semua..... actually buat puding ni untuk minum petang semalam..... kerana nak abeskan roti yang dah nak tamat riwayatnya tu.... untung jadi roti ni kan.... bila x abes je boleh diolah jadi macam2... kiranya x kan terbuang gitu jer.... x baik membazir kan! jadi sebelum dia expired kak rose pun buat puding ni untuk abang minum petang... resepinya dah penah tepek dulu.... cilok dari F&N@myr... tima kasih ya.... apa pun kak rose tepek lagi sekali kat sini.....

Bahan-bahan ( 4-8 )

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 4 sudu besar Butter
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu tea Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Kismis

Cara-cara

  1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  3. Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Hidangkan bersama ice-cream vanilla.

kak rose x de ice-cream vanilla.... yang ada cuma vanilla + lime.... janji abang kata sedap kira ok la tu kan....

10 comments:

  1. sedapnya puding roti tu..ada eskrim lg dok bertenggek!!

    ReplyDelete
  2. salam kakrose,

    samalah kte ni kak, ptg smlm pun dyg olah saki baki roti tu jd puding roti..syg lak kalo tbazir cam tu jer kan...hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya makan ngan eskrim..nak buat jugak lah

    ReplyDelete
  4. ain, aiskerim tertenggek... tp kak rose x makan... telan air liur je tengok abang makan!

    ReplyDelete
  5. dayang, dpd membazir baik kita buat sesuatu kan... sedap gak.

    ReplyDelete
  6. deetha, jajal gai kono... enak rasane mangan karo eskerim kok ada vanilla lagi enak!

    ReplyDelete
  7. izah, selamat berexperiment...

    ReplyDelete
  8. kak rose.minta ijin cnp ye....tq...muah..

    ReplyDelete
  9. lendanuar... silakan... kak rose pun kopi orangnya resepi...dan kak rose panjang2 disini untuk kita share.

    ReplyDelete